Sindirian Tak Kenang Jasa Sheila Rusly.. Ini Respon Janna Nick

Kecoh juga apabila penerbit, Sheila Rusly ada memuat naik gambar dengan caption yang cukup pedih, tentang seseorang yang tak kenang jasa.

Caption yang ditulis di IG miliknya itu telah mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen.

Ini komen Sheila Rusly:

“Kalau rasa nak tengok silakan..mungkin tak sehebat yg diharapkan dan tak semudah jugak untuk sis menyiapkan kerana tak semua jasa akan dikenang..

Namun begitu, caption berkenaan mula cetuskan perdebatan apabila ada antara netizen mula mengaitkannya dengan pelakon utama drama Laftenan Zana, Janna Nick.

Sheila Rusly telah menjawab dan menafikan yang dia tidak perli sesiapa pun.

Ini komen Sheila Rusly lagi:

“Saya tak perli sesiapa pun. Itulah masalah dengan netizen. Cakap apa yang kita tahu dik. Jangan cakap apa yang kita tak tahu. itu sudah kira fitnah kan? Takpe saya dah maafkan awak,”

REAKSI JANNA NICK

Sementara itu Janna Nick memberi reaksi dengan mengambil langkah berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan tentang status sindirran yang dimuat naik oleh Sheila Rusly walaupun ramai yang mengatakan seperti memerlinya.

Pelakon berumur 25 tahun ini, berkata dia banyak terhutang budi dengan syarikat penerbitan JS Pictures Sdn Bhd dan tidak layak memberi komen kerana menganggap Sheila serta suami, Azman Yahya atau Jinggo sebagai orang terhormat dalam industri.

Ini komen Janna Nick:

“Saya tak nak cakap apa-apa mengenai perkara itu atau beri kenyataan sebab saya menghormati JS Pictures dan saya juga banyak terhutang budi dengan mereka.

“Apa yang boleh saya katakan, saya menganggap Sis Sheila dan Papa Jinggo sebagai orang yang sangat terhormat dalam industri seni dan saya tak layak nak komen apa-apa,”

Kata Janna Nick lagi, dia ada bertanya tentang status tersebut dan Sheila langsung tidak memberi sebarang reaksi negatif selain tidak mahu memanjangkan isu itu.

Janna hanya akan mengulas lebih lanjut spekulasi mengenai hubungan dia dengan Sheila sekiranya pihak pengarah dan produser itu mengeluarkan kenyataan tentangnya.

Ini komen Janna Nick lagi:

“Saya ada bertanya kepada mereka dan tak ada reaksi negatif pun. Sekarang ni saya fokus pada bisnes dan mereka juga sibuk dengan kerjaya seni.

“Tak ada yang negatif pun. Macam yang saya katakan, tak ada apa perlu dikomen. Tapi saya hanya akan mengulas lebih lanjut kalau pihak sana bagi kenyataan,”

Hubungan Janna dengan Sheila sebelum ini baik namun ada netizen yang menganggap mungkin mereka ada perselisihan faham.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here