Si Bapa Tampil Dedah Kisah Sebenar… Jawab Tuduhan Bercinta Dengan Gadis TikTok Sampai Abai Anak

Baru-baru ini telah viral kes seorang bapa didakwa bercinta dengan gadis Tik Tok sampai lupakan anaknya yang sedang sakit.

Setelah pelbagai tuduhan dilemparkan kepada dirinya yang didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa, lelaki berkenaan akhirnya tampil menafikan dakwaan tersebut.

Lelaki itu yang pada awalnya enggan mengeruhkan keadaan. Namun akhirnya dia terpaksa membersihkan namanya apabila posting dari wanita yang juga bekas isternya yang menggunakan akaun @nori di Twitter menjadi viral dan bualan ramai.

Kata Shahrul Fazlim yang baru berumur 21 tahun, isu mengabaikan tanggungjawab seperti yang didakwa bekas isterinya langsung tidak wujud kerana dia mengatakan dirinya bukan bapa kandung kepada bayi berkenaan.

In penjelasan lelaki berkenaan:

“Saya tak faham dan berasa terkilan bila bekas isteri saya viralkan saya begini. Bila saya tanya apa motif dia cakap saja-saja untuk puaskan hati. Seolah-olah dia tidak menghargai langsung apa yang saya pernah lakukan untuk dia selama ni.

“Sebenarnya bayi itu bukan anak saya. Kalau nak ikutkan perintah mahkamah, tidak wajib saya beri nafkah kepada anak itu sebab dia bukan anak kandung saya. Sekali pun saya nak beri (nafkah) ia umpama hadiah kerana anak itu tiada kena mengena dengan saya”

Dakwa Shahrul lagi, bekas isterinya itu juga pernah memberi amaran supaya dia tidak lagi berjumpa dengan bayi berkenaan.

“Sebelum ini dia sendiri yang ‘haramkan’ saya berjumpa dengan anak itu. Bila saya ikutkan seperti yang diminta, dia fitnah saya begini. Saya pun tak faham apa yang dia mahukan”

Shahrul mendedahkan bukti sijil kelahiran bagi menunjukkan bayi berkenaan bukan anak kandungnya.

Ada orang ketiga bukan punca rumahtangga mereka retak, sebaliknya mendakwa perceraian berlaku selepas kedua-dua mereka bersetuju untuk membawa haluan masing-masing. Pasangan ini berpisah pada 18 Oktober lalu.

Malah sebenarnya, perkahwinan mereka dikatakan tidak direstui keluarga kerana ketika itu Nori sedang hamil 4 bulan.

“Sejujurnya perkahwinan kami tidak direstui keluarga. Saya berkahwin dengannya ketika kandungannya berusia empat bulan. Sebab itu ibu saya tak boleh terima saya jadi ‘pak sanggup’. Yang pasti, kami bercerai bukan disebabkan wanita dalam gambar itu dan saya tidak pernah ada perempuan lain sepanjang bergelar suaminya”.

Kata Shahrul lagi, dia pernah sayang denagn anak kecil itu ketika bergelar suami kepada wanita berkenaan dan menjaga mereka dengan baik.

“Saya sayangkan anak itu dan menganggap dia seperti anak saya sendiri.

“Saya pernah beritahu Nori untuk buat surat dan menyerahkan hak penjagaan kepada saya jika dia tidak mampu untuk membesarkan anak itu seorang diri, saya sudi membantu. Tetapi dia tidak mahu.

“Sepanjang perkahwinan juga saya sangat menjaga makan minum dan nafkah mereka”

Dengan penjelasan ini, Shahrul meminta netizen untuk berhenti menghentam dirinya dan wanita dalam gambar yang tersebar kerana mereka tiada hak mencampuri dan tidak mengetahui keadaan sebenar.

“Netizen yang tidak tahu apa masalah kami, tak sepatutnya mencampuri urusan ini lebih-lebih lagi menghina saya kerana ia tidak adil untuk saya dan wanita itu.

“Lebih-lebih lagi dia bakal menduduki peperiksaan SPM. Bila dah viral begini, saya kasihan kerana dia turut terpalit dalam masalah ini. Guru-guru dan rakan di sekolah juga menuduh dia merampas suami orang”

Shahrul juga amat berharap bekas isterinya itu untuk ‘move on’ dan meneruskan kehidupan masing-masing.

“Saya harap dia tidak ganggu kehidupan saya selepas ini. Hak saya untuk menentukan dengan siapa saya nak berpasangan atau kahwin,”

Itulah komen dari lelaki bernama Shahrul ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here