Setelah Empat Hari Kahwin, Kaka Azraff Dedah Sikap Sebenar Suaminya

Beberapa hari yang lalu, penyanyi Kaka Azraff selamat bergelar isteri kepada jejaka idamanya bernama Adam Azriff.

Setelah empat hari bergelar isteri, Kaka Azraff dilihat telah berkongsi sikap sebenar suaminya, Adam Azriff di laman media sosial Instagram miliknya.

Kaka Azraff memberitahu dia sudah mengenali salah satu sikap suaminya iaitu seorang Obsessive Compulsive Disorder (OCD).

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instastory, Adam Azriff dilihat sedang mengemas rumah mereka tanpa henti sehingga Kaka Azraff memintanya berhenti daripada melakukan kerja tersebut.

Ini kata Kaka kepada suaminya: “OCD husband… Non-stop sayang. Dah berhenti sayang, dahlah,”

Bagaimanapun suaminya itu tetap tidak memperdulikannya dan terus membersihkan ruang tamu rumah mereka.

Sementara itu, penyanyi bersuara lunak ini turut memuat naik video koleksi gambar-gambar mereka ketika kecil sehingga sewaktu mereka bercinta untuk tatapan para follower nya di IG.

Menerusi caption video berkenaan, Kaka memberitahu Adam adalah teman baik, kekasih dan cinta sejatinya.

Ini tulis Kaka Azraff: “Daripada seorang kawan kepada segalanya buat saya. Kawan baik, kekasih dan cinta sejati. Terima kasih Allah. Hi suami,”

Untuk pengetahuan, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff dan Adam telah selamat disatukan sebagai suami-isteri pada 14 Disember baru-baru ini selepas dirisik oleh keluarga pemuda itu pada 27 November lalu.

Mengenali rapat suaminya sejak setahun lalu namun mereka hanya menjalinkan hubungan cinta sekitar tiga bulan lalu.

Sebelum ini menerusi satu laporan portal hiburan, Kaka Azraff mendedahkan dia yang telah melamar Adam selepas merasakan teman lelakinya itu menepati ciri-ciri yang dicari untuk dijadikan pasangan hidup.

Semoga Kaka Azraff dan suami kekal bahagia melayari bahtera rumah tangga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here