Kisah antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, pemain bola sepak Malaysia iaitu Aidil Zafuan memang sering jadi tajuk utama dan jadi tumpuan ramai.
Pelbagai isu telah melanda kepada pasangan ini, sampai naik turun mahkamah, namun kini sudah tiada persengketaan lagi antara mereka dan kini Aidil Zafuan sedang berjuang di Piala AFF Suzuki dan kisah mereka mula menjadi bualan semula.
Tetapi kali ini, ianya lebih kepada anak-anak mereka yang mana Airit Rayyan dan Arjuna menunjukkan minat yang mendalam terhadap bola sepak dan sentiasa menonton ayahnya bermain di kaca TV ketika di AFF Suzuki Cup.
Kisah sokongan tak berbelah bagi anak Rita Rudaini terhadap pasukan Malaysia dan juga Aidil mendapat tumpuan dari orang ramai.
Tidak mahu membesarkan anak-anak dengan rasa benci terhadap bapanya, Rita Rudaini berkata, dia turut menantikan masa untuk bekas suaminya itu untuk kembali bersama anak-anak mereka yang kini semakin membesar dan rindu dengan ayahnya.
Ini komen Rita Rudaini:
“Kalau dulu mungkin kami hanya fikir tentang diri sendiri sahaja. Tetapi sekarang ni, kami sudah semakin matang dan faham apa kehendak anak-anak yang semakin membesar. Senang cerita, kami sentiasa bersedia menunggu kehadiran Aidil untuk kembali ke sisi anak-anak”
“Dalam usia sekarang, anak-anak perlukan ayah mereka. Jika dahulu saya tak kisah sangat kerana anak-anak masih kecil tak faham sangat. Tetapi sekarang ini, saya sendiri kena berlaku adil kepada anak-anak yang juga memerlukan kasih sayang seorang ayah”
Tambah Rita lagi, dia tidak masalah sekiranya Aidil mahu kembali ke sisi anak-anak dan tidak akan sesekali menghalang perkara tersebut. Bagi pelakon wanita ini, dia tidak mahu nanti anak-anak membenci bapa mereka, hanya atas sebab mereka telah bercerai.
Ini jelas Rita Rudaini lagi:
“Ini adalah perjalanan yang telah ditakdirkan untuk rumah tangga kami. Saya tak ada masalah kalau Aidil mahu kembali ke sisi anak-anak dan sanggup menjadi orang tengah mempertemukan dia dan anak-anak semula. Saya tidak mahu setelah dewasa nanti anak-anak membenci bapa mereka, hanya kerana kami telah bercerai,”
Aidil Zafuan dan pasukan Malaysia yang diketuai oleh kapten Malaysia iaitu kembar Aidil, Zaquan Adha akan menentang Vietnam di peringkat akhir pada minggu ini. Good luck Harimau Malaysia!
Sumber: berita harian