Sekolah dicemari gas kimia, pelajar kritikal.. dikejarkan ke hospital

Satu kejadian pencemaran bahan kimia telah berlaku di Johor semalam.

Seramai 28 mangsa pencemaran sisa dan gas kimia di Sungai Kimkim berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) sedang dirawat di hospital dan klinik kesihatan.

Daripada semua mangsa, lima murid dikatakan sedang berada dalam keadaan agak teruk.

Seorang pelajar telah pengsan manakala lima lagi alami muntah-muntah selepas sungai Kimkim berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih dipercayai dicemari oleh tumpahan gas kimia.

Pelajar berkenaan dikejarkan oleh pihak bomba ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru untuk rawatan kecemasan.

Selain itu kesemua 1,400 murid dan guru dari kedua-dua sekolah berkenaan diarahkan pulang ke rumah serta-merta pagi ini termasuk sesi persekolaham pada petang ini dibatalkan.

Menurut Timbalan Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Lokman Hakim Sulaiman, pihaknya menerima panggilan pukul 5.15 pagi dan 17 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Ini kenyataan pihak Bomba:

“Maklumat diterima terdapat bau yang disyaki gas kimia di kawasan sungai. Hasil pemeriksaan terdapat kesan bahan kimia. Gas yang dikesan adalah jenis Methane (UN 1971).

“Pengosongan Kawasan telah dilakukan dalam jarak 500 meter melibatkan SMK Taman Pasir Putih dan SK Taman Pasir Putih yang melibatkan 1400 Pelajar dan Guru,”

Sementara itu, pihak pengurusan kedua-dua sekolah tersebut sudah mengarahkan mereka semua pulang atas nasihat pihak bomba.

Menurut mesej yang disampaikan kepada ibu bapa menerusi aplikasi WhatsApp, ini berikutan limpahan bahan kimia di Sungai Kimkim berdekatan dengan sekolah mereka.

Ini mesej pihak sekolah:

“Ibu bapa boleh menjemput anak-anak sekarang dengan segera. Bagi yang nenaiki van, minta ibu bapa hubungi pemandu van utk ambil anak-anak di sekolah.

“Ibu bapa yang tidak dapat menjemput anak, boleh maklumkan kepada guru kelas.

“Sesi petang juga ditangguhkan pada hari ini. Murid sesi petang tidak perlu hadir ke sekolah. Terima kasih,”

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr. Sahruddin Jamal berkata kesemua mereka yang telah terkesan akibat pecnemaran itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian.

“Daripada jumlah mangsa yang dihantar ke HSI, lima kita kenal pasti masih dirawat di wad kecemasan Zon Merah iaitu zon kritikal manakala bakinya dirawat di Zon Kuning,”

Semoga semua mereka selamat dan pulih sepenuhnya

Sumber – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here