“Sebak tengok keadaan Awie” – Ebit Lew

Vokali kumpulan Wings iaitu Datuk Awie kini telah dimasukkan ke pusat perubatan di Ampang sejak empat hari lalu.

Awie sebenarnya baru saja pulang daripada program jelajah bermotosikal melibatkan 30 buah masjid di Utara tanah air dan sebelum itu Awie telahpun mengerjakan umrah.

Seorang pendakwah popular tanah air iaitu Ebit Lew telah melawat Awie yang sedang dirawat. Ebit Lew berkongsi detik melawat penyanyi legenda berkenaan.

Ini tulis Ebit Lew di laman IG miliknya:

“Sebak tengok @awieofficial. Walau sedang sakit di wad beliau masih memberi senyuman dan begitu baik rindukan nasihat yang baik. Baru balik program motor jelajah 30 masjid di utara dan juga baru balik umrah. Beliau beri sumbangan di setiap masjid yang beliau pergi.

“Benarkan semua ujian kerana Allah sayang. Beliau berazam untuk beri lebih lagi untuk kerja-kerja dakwah. Allahuakbar. Beliau sangat lembut hatinya dan baik orangnya. Pohon doakan beliau cepat sembuh. Ya Allah yang Maha Azim Maha Agong Yang Memberi sakit dan memberi sembuh buat saudaraku yang baik ini, Sembuhkanlah Dato Awie dan berilah keberkatan dalam hidupnya serta pilihlah beliau jadi seperti Matahari hidayah.

“Syukur dapat hadiahkan buku 11Amalan Kekayaan. Baca bab satu jer biasanya dah menangis dan bersyukur sedar kita dah benar-benar kaya.”

Menerusi laporan sebuah portal berita, Awie telah mengadu sakit di bahagian atas perut, dada dan belakang badan sebelum dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan.

Namun begitu, sehingga kini, masih belum mendapat sebarang keputusan ujian daripada doktor terhadap penyakit yang dihidapi.

Doktor masih cuba mengesan apa puncanya dan tak boleh nak cakap apa sakit yang menimpa Awie.

Sebelum ini dalam satu kenyataan media, Awie memaklumkan dia tidak dapat memenuhi undangan nyanyian bersama Dragon Malaya di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang, yang sepatutnya berlangsung 9 malam Ahad.

Semoga Awie cepat sembuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here