Sebab apa pergi ke mahkamah? Masalah isu perkahwinan? Ini respon Dato Red

Datuk Seri Adnan Abu (suami kepada penyanyi Adira) dilihat telah datang ke mahkamah semalam.

Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red berkata, dia hadir ke mahkamah adalah untuk menyelesaikan isu lain dan bukanlah berkaitan kes rumah tangga dengan penyanyi berkenaan.

Manakala tambahnya, status sedih mengenai anak pada foto itu ditulis secara spontan.

Menerusi laman media sosial Instagram, Dato Red memuat naik foto di Instastory memperlihatkan dirinya berada di sebuah lokasi dipercayai mahkamah dan menulis teks memberitahu anak-anak menjadi sumber kekuatan.

Ini insta story dari Dato Red:

Ini komen Dato Red:

“Ya… memang saya ada ke mahkamah tapi bukan kes rumah tangga, ia berkaitan hal lain yang dirasakan tidak sesuai dikongsi dengan orang ramai.

“Semasa di mahkamah itu, saya teringat sembilan orang anak saya dan terus menulis mengenai mereka.

“Sekarang ini apa sahaja ujian hidup yang datang, saya ingatkan diri untuk kuat kerana anak-anak dan fokus saya memang untuk keluarga besar kami ini”

“Kehidupan kami berjalan seperti biasa dan pagi tadi saya dari rumah Adira, tak ada apa masalah!

“Biarlah kalau orang nak buat spekulasi disebabkan tulisan tersebut. Buat masa ini kami bahagia sahaja, kalau tak bahagia takkan dia mengandung sekarang kan?

“Cuma biasalah, ibu hamil ini, emosi kurang stabil sikit, ditambah pula ada ‘anasir-anasir luar’ kiri dan kanan… Insya-Allah semoga semuanya kembali seperti dahulu”

Dato Red berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017, manakala anak kedua Assan pada 9 September 2018 dan kini hamil empat bulan anak ketiga mereka.

Dato Red bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here