Tauke Raja Lawak telah membuat satu kenyataan berhubung isu yang melanda rumah tangga nya hari ini.
Pertamanya, Tauke yang kini berumur 42 tahun telah membuat penafian bahawa dia telah menceraikan Nadia Mohd Affendi melalui rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp.
Sebelum ini Nadia mengesahkan dia dan Tauke sudah berpisah apabila Tauke menceraikannya melalui kiriman rakaman suara dari aplikasi Whatsapp, ketika dia berada di kampung.
Tambah Nadia, keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada ‘orang ketiga’ apabila Tauke dikatakan curang dengan seorang wanita dari seberang dan terdapat foto mereka berdua bersama.
Menerusi laporan BH, Tauke kini mengaku rumah tangga yang dibina sejak lebih setahun lalu, sedang diuji dan sedang bergolak.
Ini kenyataan dari Tauke Raja Lawak:
TAK LAFAZ TALAK
“Tak betul, saya tidak melafazkan talak terhadap isteri.
“Apabila sedang marah, macam-macam tuduhan dilemparkan, tetapi sebagai suami, saya kena sabar.
“Saya ingat apabila menghantar isteri pulang ke kampung boleh memberi tumpuan pada Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), tetapi nampaknya pergaduhan lebih teruk.
“Saya anggap ini asam garam dalam berumah tangga. Bagi saya ruang untuk menyelesaikannya, tetapi buat masa ini, saya sangat sibuk dengan MLM2018,”
JAWAPAN TENTANG WANITA DARI SEBERANG
Tentang dakwaan kononnya dia ada hubungan dengan seorang wanita seberang, Tauke berkata, dia bertemu dengan macam-macam orang atas urusan kerja.
“Macam-macam orang selfie dengan saya. Nadia ingat dia berkahwin dengan orang kerja kilang ke?
“Saya pelik kenapa orang perempuan suka mengadu dalam laman sosial daripada mengadu dengan Tuhan? Masalah dalaman rumah tangga tidak perlulah dikibarkan dengan khalayak.
“Saya anggap isteri saya belum cukup matang. Dia tidak boleh berfikir baik buruk tindakannya,”
ADA UNSUR SABOTAJ, ISTERI MENGAMUK SETIAP KALI PERTANDINGAN
Tauke berkata, dia melihat seperti ada unsur-unsur sabotaj setiap kali terbabit dalam pertandingan besar seperti Maharaja Lawak Mega (MLM) atau Super Spontan.
“Ada orang menggunakan isteri saya untuk membuatkan saya hilang fokus dan tertekan. Saya perhatikan isteri akan meroyan teruk setiap kali saya menyertai pertandingan besar.
“Ini berlaku sejak zaman Jambu dan kami belum berkahwin lagi.
“Saya tengok Nadia seperti kena sampuk apabila saya terbabit dengan pertandingan. Dia suka buat hati saya panas dan mencetuskan pergaduhan.
“Kami pernah bergaduh hingga pecah telefon bimbit sebelum saya naik pentas. Macam mana saya mahu memberi tumpuan dan membuat orang ketawa dengan lawak jenaka apabila baru bergaduh?
“Selepas selesai pertandingan, hubungan kami elok, tidak pula bergaduh,”
BUKAN SIKAP SEBENAR ISTERI MUNGKIN SEBAB DENGKI ORANG LAIN
Tauke juga menambah, dia tahu itu bukan sikap sebenar isterinya dan percaya ada orang lain yang dengki.
“Saya bukanlah nak percaya benda mistik tetapi itulah yang berlalu sejak belum berkahwin lagi. Ada juga yang menjadi batu api dan menghasut isteri.
“Kali ini, hubungan saya dan Nadia panas sejak minggu pertama dalam MLM2018. Saya tidak mahu menuduh sesiapa, tetapi saya percaya ini kerja manusia yang sakit hati melihat kejayaan orang lain,”
Untuk pengetahuan, Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Zamatul Khayla Aydina yang lahir pada 26 Oktober 2018.
Sumber: BH
[…] Sumber Feed […]