“Saya tak sanggup..” – Zarina Zainuddin

Pelakon Zarina Zainuddin mempunyai dua orang anak kembar yang amat istimewa yang mempunyai autisme. Anaknya bernama Muhammad Razil Azrai atau Azil dan juga Muhammad Raizal Azrai atau Azal.

Bercakap tentang anaknya itu, pelakon ini mengakui tak sanggup untuk memisahkan mereka, Zarina juga menganggap dugaan yang dilaluinya itu sebagai aturan dari Illahi. Katanya, dia memuat naik perkongsian di laman sosial sebagai pendedahan mengenai autisme kepada orang ramai.

Zarina Zainuddun telah memohon orang ramai supaya memberi ruang dan membantu anaknya yang menghidap autisme untuk menjalani kehidupan sama seperti orang biasa yang lain.

Pelakon ini akur memang tak semua orang memahami apa yang dilaluinya. Namun, sebagai ibu, dia mempunyai pendekatan tersendiri dalam membimbing kedua remaja istimewa berberkenaan.

“Azal sebenarnya mampu menjalani kehidupan normal jika diberi peluang mengenali erti hidup. Perwatakan Azal sebenarnya banyak dipengaruhi abangnya, Azil yang lebih sensitif. Azil tidak boleh bercakap, malah olah bahasanya juga berbeza.”

“Setiap pagi, dia akan menangis dan mencederakan dirinya jika saya terlambat membawanya membeli susu dan surat khabar. Azil akan mengamuk setiap dua jam seperti anak kecil yang meminta susu.”

“Disebabkan itu, Azal sebolehnya akan keluar rumah awal pagi sebelum abangnya bangun tidur kerana bimbang terpengaruh sekiranya Azil mengamuk. Apabila mereka mengamuk, susah untuk saya leraikan dan Azal akan mengeluarkan pelbagai perkataan untuk melepaskan kemarahannya”

“Orang boleh bercakap apa sahaja tetapi kita tidak semua tidak melalui situasi yang sama. Ini aturan Allah buat saya. Bukan semua peristiwa saya kongsi kerana ada di antara rakaman itu tidak perlu dimuat naik”

Itulah penjelasan dari Zarina tentang anaknya.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here