Linda Rafar sekali lagi tampil menjelaskan tentang kes perbicaraan kes antara dia dan jururawat.
Katanya, kes berkenaan tidak diteruskan selepas kedua-dua belah pihak memilih untuk menyelesaikannya secara baik.
Ahli kumpulan Elite itu berkata kenyataan individu bergelar doktor itu yang mengatakan kemenangan berpihak kepada jururawat itu tidak benar kerana tiada kes yang dibicarakan selepas persetujuan luar mahkamah dibuat.
Ini komen Linda Rafar:
“Sebenarnya, semalam (Rabu) perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam tidak diteruskan kerana kedua pihak sudah selesaikan cara baik.
“Tiada siapa kalah atau menang sebab kes tidak disebut. Peguam saya Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli mencadangkan untuk menyelesaikan perkara ini secara baik selepas mengambil kira semua aspek.
“Apatah lagi sekarang kita menyambut Ramadan dan kedua-dua pihak pun bersetuju. Saya anggap perkara ini sudah selesai selepas persetujuan di luah mahkamah dibuat,”
Sebelum ini, menerusi Facebook pengguna bernama Dr Rusyainie, wanita berkenaan telah mendedahkan isu antara Linda Rafar dan jururawat telah selesai dengan kemenangan berpihak kepada jururawat terlibat selepas persetujuan luar mahkamah dibuat.
Menjawab kenyataan dari doktor berkenaan, Linda Rafar menjelaskan tiada ganti rugi yang perlu dibayar kepada pihak badan bukan kerajaan (NGO) Delegation of Nurses (DON) seperti yang didakwa.
Ini jelasnya:
“Saya tak perlu bayar ganti rugi apa-apa pun kepada pihak tersebut. Sebab semuanya sudah selesai secara baik kerana pihak terlibat dalam kes ini tidak melibatkan DON,”
Dalam pada itu, dia turut membuat permohonan maaf secara spesifik di instastorynya kepada pemegang akaun instagram iaitu jururawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Difahamkan individu berkenaan sebelum ini telah memfailkan saman terhadap Linda kerana tindakan penyanyi berusi 41 tahun itu, yang tersalah pandang dan menyangka mengugut dirinya sebelum memuat naik di IG.
Sebelum ini, Linda Rafar ada melahirkan rasa kecewa terhadap sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang didakwa memberi layanan buruk apabila permintaannya untuk menukar cadar katil ibunya tidak diendahkan pada Disember tahun lalu.
Susulan insiden itu, ada satu badan iaitu Delegation of Nurses (DON) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Linda Rafar.
Sumber: mStar