“Saya tak dapat tidur, sakit kepala fikirkan stok baju banyak” – Baju raya Adam Corrie tak laku

Di bulan mulia Ramadan ini, ianya bukan sekadar menahan lapar dan dahaga namun bulan ini turut mengajar seseorang itu mengenal erti kesabaran dalam menghadapi sebarang dugaan.

Itu lah yang berlaku kepada pelakon Adam Corrie. Ini apabila jualan baju kurtanya di Busana Menara Mara tidak mendapat sambutan.

Kata Adam, dia tidak dapat tidur yang cukup kerana memikirkan stok bajunya yang sudah ditempah.

Ini pendedahan dam Corrie:

“Tahun ini merupakan tahun kelima saya berniaga di Busana Menara Mara. Cuma tahun ni saya rasa sedih sikit sebab dah membazir dua minggu.

“Kedai saya tiada jualan dan tak ada orang datang membeli disebabkan Jalan Tuanku Abdul Rahmah (TAR) ditutup. Saya tak dapat tidur dan sakit kepala kerana memikirkan stok baju banyak.

“Saya dah tempah beribu helai baju dan sekarang saya tak tahu nak buat apa. Tinggal lagi beberapa hari sahaja nak raya,”

Dalam pada itu, pelakon ini turut meluahkan rasa sedih apabila isteri dan anaknya kini dalam keadaan tidak sihat.

Jelas Adam, dia amat bimbang dengan keadaan anaknya, Adam Fateh apabila doktor memberitahu ada darah ketika membuat rawatan menyedut kahak.

“Dalam keadaan saya rungsing memikirkan jualan baju tu, isteri saya tak sihat dan anak pula demam serta batuk.

“Saya ada bawa Adam pergi hospital baru-baru ini, masa doktor buat rawatan menyedut kahak, ada darah pula.

“Lagi membuatkan saya risau sebab tak tahu nak buat apa. Sudah empat hari saya tak tidur malam sebab anak tak sihat,”

Untuk pengetahuan, Adam Corrie telah mendirikan rumahtangga dengan Fazema Mohd Fuad pada 2008 dan mereka berdua dikurniakan cahaya mata pertama pada 11 Julai 2018.

Nak beli baju Adam Corrie, boleh ke Ig miliknya.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here