“Saya tahu tutup aurat satu tuntutan wajib. Namun banyak benda perlu saya fikirkan” – Ifa Raziah

Selebriti serba boleh Ifa Raziah baru sahaja pulang dari Tanah Suci tiga hari lalu mengerjakan umrah.

Kata Ifa, dia masih belum lagi bertudung sepenuhnya dan menambah soal bertudung adalah urusannya dengan Allah SWT dan memohon supaya jangan ada sesiapa mempertikaikan.

Ini komen Ifa Raziah:

“Saya belum lagi bertudung penuh. Saya harap netizen tidak cepat menghukum sebab penghijrahan ini satu perkara yang besar,”

“Saya tahu menutup aurat adalah satu tuntutan yang wajib. Namun banyak benda yang perlu saya fikirkan. Ia perlu datang dari hati dan bukan untuk memenuhi permintaan sesiapa.

“Hidayah ini milik Allah dan doakan yang baik supaya urusan ke arah itu dipermudahkan,”

“Saya percaya setiap yang berlaku ini pasti bersebab dan sudah tertulis.

“Berhijrah memang mudah, tetapi untuk sentiasa istiqamah itu agak sukar. Jadi saya mohon diberikan masa untuk berubah secara perlahan.

“Janganlah pandang orang belum bertudung ini sebagai individu yang jahat. Perlu diingat netizen yang kuat mengata ini belum tentu Allah pandang,”

Dalam pada itu, Ifa raziah berkata lagi, ketiak disana, dia terpaksa menambah tempoh masa berada di Tanah Suci selama lima hari akibat ‘datang bulan’ pada hari ketiga berada di Makkah.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Cuma saya diuji apabila ‘datang bulan’ ketika hari ketiga berada di Makkah.

“Sepatutnya saya bersama keluarga berada di sana selama 12 hari. Akhirnya, kami menambah tempoh masa berada di sana selama lima hari lagi.

“Saya juga rasa sangat puas hati apabila dapat menunaikan umrah untuk diri sendiri serta arwah ibu dan bapa,”

Ifa menunaikan umrah bersama suami, Mohd Yani serta anak lelaki mereka, Muhammad Shakir Aqili.

Semoga urusan Ifa Raziah sentiasa dipermudahkan Nya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here