“Saya tahu batas dengan Remy… Saya suka lelaki berusia, tak pernah berkawan dengan lelaki sebaya”

Kini Mira Filza sering dikaitkan dengan pelakon Remy Ishak apatah pelakon berkenaan mengumumkan telahpun putus tunang.

Mira Filzah memahami situasi peminat yang terkadang terbawa-bawa dengan drama kesukaan mereka. Namun Mira menjelaskan, tidak pernah wujud hubungan istimewa diantara mereka.

Ini penjelasan dari Mira Filzah:

“Mungkin sesuatu yang normal untuk pelakon wanita dan lelaki terus dikaitkan jika kedua-duanya masih belum berkahwin. Tambahan pula drama lakonan kami mendapat sambutan. Tetapi jujurnya saya tahu batas saya dengan Remy”

“Kami hanya bekerja di set penggambaran dan selepas bekerja saya tidak keluar minum atau melepak bersama. Hati saya masih belum dimiliki sesiapa. Tahun ini juga saya tidak nampak akan mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki apatah lagi mahu melangsungkan perkahwinan”

Dalam pada itu, Mira Filzah melihat kematangan lelaki yang lebih berusia darinya menjadi ciri utama dalam mencari cinta hatinya agar hubungan yang dibina itu dapat dipimpin dengan didikan agama yang baik.

Ini pengakuan dari Mira:

“Saya suka lelaki berusia, tidak pernah lagi berkawan dengan lelaki sebaya. Dalam hubungan kita perlukan seseorang yang membawa kita ke arah yang lebih baik. Sebab itu saya perlukan lelaki yang mempunyai didikan agama”.

Mira Filzah turut ada menerima kecaman dari para netizen, selain ada menuduhnya jadi punca perpisahan Remy dan bekas tunang, Mira Filzah juga dikritik kerana memakai tudung singkat.

Kata Mira lagi, dia menerima nasihat yang diberikan kepadanya jika teguran yang itu berbentuk positif. Ujarnya lagi, dia akan memadam mana-mana komen netizen berbaur kecaman di media sosialnya.

“Tapi yang mana berunsur kecaman tu kita padam jugalah sebab kadang-kadang saya nampak yang memberikan komen ini muda lagi. Belasan tahun yang mungkin dia sendiri tidak bertudung, jadi kita tak tahu betul atau tidak sebenarnya niat dia untuk komen itu ikhlas atau pun berunsur kecaman.

“Mana komen yang positif kita ambil dan muhasabah diri. As time goes by kita cubalah perbaiki pada masa akan datang,”

Dalam pada itu, Mira berkata selepas ini dia akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik gambar di media sosial.

Sumber: Rotikaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here