“Saya masih belum ada kekasih.. harap ada yang sudi terima saya” – Fathia Latiff

Selebriti yang sering dikaitkan dengan pelbagai kisah panas iaitu Fathia Latiff membuat pendedahan bahawa dirinya masih belum ditemukan dengan lelaki yang sesuai dijadikan sebagai kekasih apatah lagi pasangan hidup.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, yang kini sudah pun berumur 32 tahun berkata, dia juga ingin berubah dan menjadi lebih baik sebelum bergelar sebagai seorang isteri.

Dan ketika ini dia masih lagi single dan tak ada jalinkan hubungan dengan sesiapa.

Ini komennya:

“Buat masa sekarang ini, saya masih belum ada pasangan atau kekasih. Bukan tak bersedia tapi mahu jadikan diri yang terbaik dahulu.

“Saya harap semua orang boleh doakan juga untuk saya. Harap-harap ada yang sudi menerima saya seadanya. Tapi saya serahkan pada Allah.

“Kalau ada jodoh, Insya-Allah mesti ada. Mungkin buat masa ni, orang nak saya fokus pada kerjaya dulu”

Kalau diikutkan, sebelum hidup secara solo, Fathia Latiff pernah menjalinkan hubungan cinta dengan rakan artis iaitu Aiman Hakim Ridza selama dua tahun. Akan tetapi kedua mereka mengumumkan untuk membawa haluan masing-masing dan berpisah pada tahun 2015.

Dalam pada itu, pelakon yang amat popular menerusi drama Ariaan Rose ini memberitahu dia kini sudah mula membabitkan diri dalam bidang bisnes.

“Alhamdulillah, buat masa ni saya dah bergiat aktif dalam perniagaan pula. Saya baru sahaja keluarkan produk tudung jenama Nona Manis.

Berbicara tentang kerjaya dalam dunia lakonan pula, Fathia Latiff berkata dia mengimpikan untuk berlakon filem sekiranya diberikan peluang.

“Bidang lakonan pula masih minat utama saya. Insya-Allah kalau ada rezeki, saya teringin nak berlakon untuk filem pula”

Selain drama Ariana Rose, antara lakonan Fathia Latiff adalah dalam drama seperti Stanza Cinta, Bencinta, dan Rumi Jawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here