“saya bukan pencuri.. tak masuk lokap” – Datuk Seri Najib

Bekas Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan 25 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram semalam. DS najib Razak sekali lagi telah menegaskan bahawa beliau bukanlah pencuri.

“Seperti yang kita ketahui, isu RM2.6 bilion itu digunakan secara tidak sengaja untuk mengkritik dan mencemarkan nama saya selama ini. Semua dakwaan hari ini akan memberi peluang kepada saya untuk membersihkan nama saya bahawa saya bukan pencuri. Saya harap perjalanan saya di mahkamah akan membuktikan kebenaran sekali gus melenyapkan isu RM2.6 bilion,”

Kemudian, apabila disoal sama ada beliau yakin untuk menang kes bereknaan, DS Najib berkata beliau berharap perbicaraan itu akan membuktikan kedaulatan undang-undang wujud di Malaysia.

“Saya tidak mahu membuat apa-apa kenyataan yang boleh disifatkan sebagai sub judice, tetapi bagi saya dan pasukan peguam saya, Insya-Allah, kami mempunyai fakta di pihak kami. Saya berharap bahawa keputusan (akhirnya) akan menunjukkan bahawa peraturan undang-undang memang ada di negara ini”

Berkata tentang dakwaan wujud penganiayaan terhadapnya yang ditahan di lokap SPRM, DS Najib menjelaskan beliau tidak ditempatkan di lokap sebagaimana didakwa.

“Saya tidak diletakkan di lokap tetapi berada di dalam bangunan SPRM,” kata DS Najib.

Sebelum ini, anak-anak DS najib ada meluahkan perasaan setelah ayahnya ditahan pihak SPRM atas tuduhan melibatkan dana 1MDB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here