‘Saya beranak bukan untuk bagi orang’- Adira

Penyanyi Adira memberitahu bahawa dia akan lantang mempertahankan hak penjagaan bagi kesemua orang anaknya itu sekiranya penceraian terjadi diantara suamnya iaitu Datuk Seri Adnan Abu.

Walaubagaimanapun,penyanyi berkuli putih ini menndedahkan bahawa dia juga tidak akan memisahkan hubungan anak-anaknya dengan ayah kandung mereka.

Luahan Adira lagi tentang mempertahankan hak anak-anak:

“Saya tak pernah tinggalkan anak saya walau satu malam pun jadi soal hak penjagaan anak itu mestilah pada saya”.

“Saya beranak bukan untuk bagi orang, apa pun yang jadi saya akan pertahankan hak penjagaan anak itu. Lagipun mereka semua pun masih menyusu dengan saya lagi”.

“Bagaimanapun saya memang tiada niat untuk pisahkan anak dengan bapa mereka dan saya tak akan menghalang mereka dari berjumpa,”

“Mengenai hal itu saya tak boleh nak cakap banyak kerana apa-apa sahaja boleh berlaku dan benda pun masih dalam proses”.

“Yang pasti, saya tak pernah menghalang dia dari berjumpa anak-anak. Lagipun dia masih lagi bergelar suami jadi tak semestinya bila saya nak bercerai, saya tak hormat dia”.

“Apapun saya tetap dengan pendirian dan saya tak mahu bergaduh. Sebab itu saya tidak memilih untuk membuka apa-apa cerita. Harap semuanya berjalan dengan lancar,”

Jelas Adira lagi dia tidak pernah pun meninggalkan anak-anaknya walaupun satu malam justeru hak penjagaan mestilah jatuh kepadanya.

Apabila diminta untuk mengulas sama ada dia dan Datuk Red masih tinggal bersama atau tidak, Adira hanya bertindak mengunci mulutnya.

Adira mengakui bahawa dia masih menghormati suaminya, Datuk Red kerana dia masih lagi suaminya. Dia juga menegaskan bahawa dia tidak mahu menimbulkan sebarang pergaduhan dengan suaminya itu.

Sebagai rekod, Adira telah memfailkan permohonan cerai melalui kaedah hakam serta prosiding pelantikan pegawai mahkamah itu sepatutnya berlangsung pada 9 Oktober lalu tetapi ditunda.

Pasangan ini telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan merupakan isteri kedua kepada Datuk Red. Hasil perkahwinan mereka telah dikurnikan tiga orang anak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here