“Saya asyik mengingau melalak, meraung, sedih. Almost everyday!” – Nabila Huda, suami pula bagi warning

Ini merupakan perkongsian dari pelakon Nabila Huda. Satu kisah tentang keadaannya yang agak terkesan akibat menjiwai watak apabila berlakon.

Sebagai pelakon yang amat hebat dan disegani ramai, Nabila Huda akan sentiasa memberikan yang terbaik apabila menjayakan watak yang diberikan kepadanya.

Jelas Nabila Huda, apabila bawa watak berat, dirinya akan terkesan sedikit sampai di bawa ke rumah kerana terlalu mendalami watak berkenaan.

Menerusi drama terbarunya, watak Nabila Huda ini agak berat dan ianya memberi impak sehinga ke luar set penggambaran.

Malah Nabila Huda menyatakan, suaminya turut dah beri peringatan agar pelakon ini tinggalkan karakter lakonannya di luar rumah apabila balik ke rumah.

Ini perkongsian dari Nabila Huda:

“Berat Sungguh watak Aini. Saya sendiri dapat rasa kan,berat nya kepala saya berfikir. @kidweebee (suami) dah warning suruh saya tinggalkan watak kat luar gate rumah sebab dia kata saya asyik marah-marah and emotional since shoot filem ni.

“Saya ni kadang-kadang living in denial jugak. Bila dia cakap perubahan perangai saya every time Saya shoot any filem or drama, mesti saya deny. Kata takde lah,perasaan awak lah. Padahal dia yang nampak dan dia jadi mangsa sebenarnya. Nak kata method tak pulak, Aku gelak-gelak and borak macam biasa je kat set. Takde pulak menangis dan termenung berterusan lepas kak @eyrahman22 cakap “cut”! Maybe overthinking pasal character Aini, tu yang terbawak-bawak sampai rumah!

“Pastu @kidweebee (suami) cakap since saya shoot film ni, saya asyik mengingau melalak, meraung, sedih. Almost everyday! I’m not sure why and what’s wrong with me. Kalau mengigau bercakap and ketawa tu biasa lah sebab saya memang bercakap masa tidur. @kidweebee (suami) dah biasa dah!Masa mula-mula kahwin tu Dia terperanjat lah jugak. Nasib dia tak tinggalkan kite! haha.. Jangan risau kanda… hari Ini hari terakhir pengambaran! Isteri mu akan kembali seperti biasa.

Itulah perkongsian Nabila Huda tentang filem terbaru lakonannya berjudul M4m4 lakonan Nabila Huda bersama Faizal Hussein, Ungku Hariz, Bella Dowanna Yusry KRu dan Eyra Hazali.

Filem ini merupakan arahan Eyra Rahman ini. Mesti mantap lakonan Nabila Huda dalam filem m4m4 ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here