Santesh keluar kenyataan, luah rasa kecewa dengan Aliff Syukri

Penyanyi yang popular menerusi lagu Amalina iaitu Santesh akhirnya memberi kenuataan setelah satu kontroversi melibatkan penaja Gegar Vaganza yang dilihat ada mempersendakan warna kulitnya.

Santesh menerusi satu kenyataan di laman Ig miliknya meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila Aliff Syukri ada memberi kenyataan yang mengatakan tentang warna kulitnya.

Ini komen Aliff Syukri itu: “nanti kalau dapat anak mesti putih melepak..jangan macam santesh!!”

Ini komen dari Santesh tentang isu ini:

“Malam tu saya menggunakan ear monitor dan saya tak dengar dengan jelas apa yg disampaikan..keesokan harinya saya menerima banyak pesanan tentang issue ini barulah saya dpt dgr dengan jelas “nanti kalau dapat anak mesti putih melepak..jangan macam santesh!! Saya merasa sangat kecewa dan sedih apabila warna kulit di jadikan bahan jenaka oleh seorang public figure secara live dan di tonton oleh berjuta rakyat Malaysia! apa pandangan korang tentang hal ini?? Apa yg patut saya lakukan?”

Ini video dari Santesh.

Dalam pada itu, Santesh dan pihak pengurusan juga ada berbincang tentang isu yang dirasakan menghina bukan saja dirinya malah bangsa India yang lain.

Malah mereka juga dilihat akan melakukan sesuatu tentang perkara ini dan tidak akan berdiam diri sahaja. Kita Tunggu apa tindakan selanjutnya.

Ini video perbincangan Santesh dan juga pihak pengurusannya, Sila tonton:

3 COMMENTS

  1. Be cool bro satesh ur talented person if dog bark see the dog will pain his own mouth not the sun.ur SUN gifted voice given by god.u will achieve more n more.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here