Sahabat baik dedah Chef Adamdidam lumpuh, hanya mampu gerak jari… Ini pendedahan rakannya

Chef selebriti Adam Mahamed Ismail atau chef Adamdidam telah pergi buat selamanya, pulang ke pangkuan Ilahi.

Baru berumur 29 tahun, berita duka ini tentunya memberikan tamparan besar kepada kelaurag dan juga sahabat baik.

Antara yang turut terkesan adalah kawan baik chef Adam hanya ingin dikenali sebagai Izat. Mereka berdua ini berkawan baik sejak 12 tahun lalu.

Izat langusng tak sangka sahabatnya itu akan meninggalkan keluarga dan rakan-rakan secepat ini.

Ini pendedahan dari Izat tentang chef Adamdidam:

“Kali terakhir kami bertemu pada 2 Mei lalu selepas saya dan dua lagi sahabat baik kami dihubungi oleh kakak Adam untuk datang menziarahi beliau memandangkan keadaan kesihatannya semakin kritikal.

“Kami memang dah tahu Adam sakit, tapi tak sangka dia akan pergi terlalu cepat kerana dia sendiri meyakinkan kami yang dia akan sembuh seperti biasa,”

Antara kata-kata terakhir yang kerap diungkapkan oleh Adam supaya Izat tidak bimbang tentang dirinya dan beliau berharap akan segera sembuh daripada penyakitnya.

Walaupun terbaring lemah, Adam sempat memberitahu rakan-rakannya bahawa beliau amat gembira dapat berjumpa dengan mereka.

Katanya, Adam pernah memberitahunya menerusi aplikasi WhatsApp bahawa keadaan tubuhnya sudah lumpuh separuh badan dan pergerakannya terbatas.

Menurut Izat, sahabat baiknya tidak menjelaskan secara terperinci keadaan lumpuhnya itu, bagaimanapun memaklumkan dia hanya boleh menggerakkan jari untuk menaip mesej.

“Saya gembira kerana berpeluang menemui beliau di rumah ibu bapanya empat hari sebelum Ramadan lalu. Namun, berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat pulang ke Kelantan untuk menghadiri pengebumiannya.

“Terlalu banyak kenangan antara kami sehingga saya tidak dapat senaraikan satu-persatu tentang kebaikannya,”

Izat juga berkongsi tentang sikap Adam yang amat mengutamakan kedua orang tuanya dalam apa jua perkara.

Katanya, Adam berazam untuk membahagiakan ibu bapa dan keluarganya terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang jodoh.

“Saya pernah mengusik Adam, tanya dia bila nak kahwin dan bila nak cari teman wanita?

“Tetapi, dia kata dia nak bahagiakan ibu bapanya dahulu sebelum mendirikan rumah tangga,”

Adam telah disahkan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.

Berita tersebut dikongsikan oleh sepupu beliau, Natasha Amran yang turut dikongsi oleh Neelofa menerusi satu posting di Instagram pada pagi Ahad.

Allahyarham meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas selepas solat Zohor.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here