Rupanya Kapten Azrin, Suami King Coco Dah Bercerai Dengan Isteri Pertama, Zura

Kini sedang heboh di laman media sosial sejak beberapa hari lalu dengan dakwaan mengatakan bahawa, suami kepada instafamous popular, King Coco iaitu Kapten Azrin dikatakan sudah pun bercerai dengan isteri pertama yang dikenali sebagai Zura.

Malah, menerusi bio Instagram Zura telah jelas tertulis ‘single mom’ sekaligus menguatkan cerita yang bertebaran bahawa mereka dah berpisah.

Akhirnya tuan punya badan sendiri iaitu Zura telah mengesahkan hal berkenaan. Zura mengatakan mereka telah bercerai tahun lepas dan kini telahpun habis eddah.

Zura memberitahu hal berkenaan setelah follower mengatakan sudah lama tak nampak Zura bersama Kapten Azrin.

Ini komen dari Zura tentang hal ini:

“dah lama tak nampak sebab dab divorce”
“last year eddah pun dah habis, lama sudah”

Sementara itu, beberapa hari lalu bekas isteri Ude Wahid iaitu Intan Liana yang merupakan bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda ada berkongsi sekeping foto bersama Zura dengan caption yang menyatakan bahawa mereka berdua kini adalah single mom.

Ini tulis Intan Liana:

“A single mother has a backbone made of steel and a heart made of gold”… .
Dear zura…..semoga kita terus kuat membesarkan anak2..xmo nangis2..n dimurahkan rezeki ..ape pun terjadi ade hikmah disebaliknya..akk sayang zura….nanti kita celeb8 beday putri same2 k..love u !! Pssstt ..akk sentiasa jd pendengar setiamu…hahhaha

Apapun, semoga segala urusan Zura dan juga bekas suami sentiasa dipermudahkan setelah memilih jalan berkenaan.

Diimbas kembali, nama King Coco dan Kapten Azrin mula menjadi sebutan ramai setelah berkahwin tak lama dulu.

King Coco mula famous dengan telatahnya yang mempunyai slanga ‘mat saleh’ selain mengaku darinya merupakan hasil dari beberapa mix keturunan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here