Rupanya Altimet Dah Kahwin 15 Tahun Lalu.. Ada Tiga Orang Anak

Penyanyi dan rapper terkenal tanah air iaitu Altimet memang sering berahsia dan jarang membincangankan tentang hal peribadinya. Sepanjang Altimet bergelar penyanyi ini, memag tajk pernah dengar gosip atau kisah melibatkan hubungan Altimet dengan seseorang.

Dalam satu laporan oleh Awani dan HLive, akhirnya penyanyi ini mengakui sudah mendirikan rumah tangga sejak 15 tahun lalu. Dan hasil dari perkahwinan itu juga, Altimet sebenarnya dah ada tiga orang cahaya mata.

Menurut laporan Hlive, Altimet sudah bersedia mendedahkan mengenai hal peribadinya.

Ini komen Altimet:

“Ya, saya sudah berumah tangga sejak 15 tahun lalu. Saya kongsikan perkara ini ketika konsert terakhir saya hanya buat peminat yang menyokong saya selama ini kerana selepas ini saya pun sudah tiada lagi dalam industri.

“Sebelum ini orang kata saya menipu tapi sebenarnya saya simpan hal peribadi saya kerana tujuan saya dalam industri sebelum ini hanyalah untuk menjaja lagu dan nyanyian.

“Selepas ini saya akan meluangkan masa saya lebih buat isteri dan tiga orang anak saya,”

Altimet menjadi bualan ramai apabila membuat pengumuman sudah tidak lagi menyanyi selepas ini dan akan bekerja dibelakang tabir di dunia seni ini.

Sempena hal berkenaan, Altimet telahpun buat satu konsert yang diberi ama The Last Altimet Show.

Mengulas mengenai konsert berkenaan yang berlangsung pada 16 Februari lalu, Altimet menyatakan rasa lega kerana sudah selesai.

“Alhamdulilah, bukan sahaja puas hati tetapi saya rasa lega apabila konsert yang saya rancangan selama ini selesai dengan baik.

“Saya akan tutup karier saya selepas ini dan tidak akan menerima mana-mana tawaran nyanyian lagi.

“Terima kasih kepada yang hadir menonton konsert saya,”

The Last Altimet Show menghimpunkan 29 orang penyanyi terkenal tanah air seperti Joe Flizzow, Hazama, Sonaone, Tomok, Aizat dan ramai lagi. Konsert berkenaan mempersembahkan 26 buah lagu ciptaan Altimet dengan kerjasama artis-artis lain.

Sumber: AWANI / HLIVE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here