“Kalau ada apa terjadi pada saya, macam mana mereka nanti?” Rita risau keadaan anak-anak

Dalam dunia ini, tak ada ibu yang tidak pernah risau dan sayangkan anak-anaknya. Itulah yang dirasai oleh pelakon yang bernama Rita Rudaini.

Dalam perkembangan terbaru tentang keluarganya, Rita Rudaini telah memuat naik sekeping gambar anak-anaknya menerusi akaun Instagram miliknya dan captionya terus jadi tumpuan.

Sebenarnya, Riat amat risaukan anak-anaknya sekiranya sesuatu berlaku pada dirinya.

Ini tulis Rita Rudaini:

“Hidup sbgai ibu dan bapa pd anak2, byk yg harus sy uruskan,sediakan n pikir kan…. smuanya sy kena pikir sendiri… tugas dan tggjwb sy dah double triple…24jam berfikir tanpa ada masa utk pikir pasal diri sendiri… tanpa ada masa utk rest…”

“utk diri sendiri, nak bli itu ini utk hadiah diri sendiri pon dah sy xpernah pikir lg sejak ada dua nyawa lg dlm hidup sy.. masa umpama tidak cukup utk sy…. setiap masa jugak sy slalu fikir…”

“klau ada apa2 terjadi pd sy, mcm mana mereka nnti? Sbb tu sy dah bersedia awal2 dan berterima kasih byk2 kpd En. @rizuanahamad kerana membantu sy utk masa depan kedua nyawa sy ni… terima kasih kerana menguruskan Hibah prudential sy utk mereka…”

“kpd smua,nasihat sy.. tak kira lah ibu tunggal ke, ibu tinggal ke, or masih berkeluarga, malang tidak berbau… sediakan lah payung sblm hujan kerana xsemestinya panas smpai ke ptg bole watsap @rizuanahamad utk info yg lebih tepat lg…”

Apa yang dikogsikan oleh pelakon yang berusia 42 tahun itu telah mendapat perhatian netizen dan memuji dengan kata-kata yang ditulis oleh Rita.

Sebelum ini, Rita telah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun telah bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun yang kini dijaga oleh Rita Rudaini.

Sumber: IG RITA / Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here