Satu rakaman video pelakon Sharifah Sakinah yang menunjukan kepala anak perempuannya, Anais berkepala botak telah menyebabkan netizen membuat pelbagai andaian.
Warga net telah membuat andaian bahawa tindakan yang dilakukan oleh Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu adalah disebabkan oleh anak perempuannya itu mengalami penyakit yang serius atau dijangkiti kutu rambut.
Namun jelas Sakinah lagi dia telah menafikan semua teka teki yang di katakana oleh netizen serta meminta netizen untuk terus meneka spekulasi lain.
Ini komen Kinah berkenaan imej Anais yang botak:
“Terlalu banyak spekulasi mengenai kenapa kepala Anais botak sekarang ini. Adakah dia sakit? Adakah dijangkiti kutu?
“Ada melekat kekotoran? Dia menjadi kreatif dan potong rambutnya sendiri? Bukan semua yang dikatakan.
“Teruskan membuat spekulasi,”
Dalam pada masa yang sama ada segelintir pula telah menganggap bahawa tindakan ibu muda itu bertujuan supaya rambut Anais akan tumbuh dengan lebih lebat dan cantik semula.
Bukan itu sahaja ada netizen yang juga turut memuji wajah Anais lebih kelihatan seiras dengan wajah ibunya sendiri.
Antara komen dari netizen lagi:
“Ala nak bagi rambut lebat lagi tumbuh ya. Tu sebab dia botakkan, sebab pernah buat kat anak buah dulu. Lepas botak, rambut tumbuh cantik dan lebat. Jadi, Anais akan cantik selepas ini.
“Tak apa. Rambut boleh tumbuh lagi. Mana tahu semakin lawa rambut akan datang.
“Anais nampak comel dalam video. Baru pertama kali nampak dia iras Kinah. Selalu nampak iras suami saja,”
Sharifah Sakinah telah berkahwin dengan Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015 dan mereka telah mendapat seorang anak perempuan yang diberi nama Anais Adha yang dilahirkan pada 24 Mei 2017.