Remy Ishak Warning Individu Yang Hantar Sihir Pada Keluarganya

Sebut saja nama Remy Ishak sudah pasti semua mengenalinya. Pelakon kacak idaman Malaya ini telah memuat naik status IG di laman sosial miliknya yang menjadi persoalan warga net terutama peminatnya.

Status IG itu dimuat naik pada khamis, hari ini dengan kapsyen :

“Aku dah tahu semua benda yang kau dah buat. Sekiranya ada perkara yang tidak baik berlaku pada keluarga saya melibatkan sihir, saya tahu apa yang perlu dilakukan,”

Tinjauan yang dilakukan ke atas laman sosial Instagram milik pelakon ini telah menimbulkan tanda tanya bahwa status tersebut ditujukan buat siapa.

Menurut akhbar mstar lagi yang dikatakan cuba mencari penjelasan dengan lebih mendalam dikatakan menemui jalan buntu apabila pelakon ini tidak menjawab pangilan telefon mahupun membalas mesej.

Daripada apa yang cuba disampaikan oleh Remy Ishak lagi, dia tidak teragak-agak akan mengambil tindakan yang lebih tegas sekiranya ada perkara yang tidak diingini terjadi terhadap keluarganya.

Malah, pelakon ini juga mendakwa bahawa dirinya sudah mengetahui individu yang terlibat dan apa yang telah dilakukan oleh pelaku tersebut. Jelas kelihatan bahawa Remy Ishak telah memberikan amaran yang keras terhadap individu yang dimaksudkan olehnya itu.

Hasil tinjauan daripada IG Remy juga didapati bahawa pelakon ini kurang aktif dalam laman sosial miliknya dan gambar terakhir yang dimuat naik olehnya adalah sejak empat hari yang lalu.

Rata-rata para peminat Remy Ishak dilihat tidak senang duduk dengan status yang dimuat naik oleh pelakon itu. Ternyata mereka semua risau akan keselamatan dirinya dan juga keluarga pelakon kacak itu.

Sekiranya betul apa yang didakwa oleh Remy itu terjadi pastinya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar dan keselamatan keluarganya juga turut terancam.

Mari kita semua doakan yang terbaik buat Remy sekeluarga akan terhindar dari perkara buruk itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here