Rashidi Ishak alami kemurungan…

Rashidi Ishak kini dah pun disahkan berpisah dengan bekas isteri, Vanidah Imran pada 9 Ogos 2018.

Di awal fasa penceraiannya, pelakon ini akui telah berdepan dengan tempoh sukar apabila bercerai dengan Vanidah Imran.

Katanya, dia telah alami masalah kemurungan dalam tempoh tiga bulan pertama perpisahan.

Ini pendedahan dari Rashidi Ishak:

Tiga bulan pertama sudah tentu masa paling sukar untuk saya lalui, saya berdepan dengan kemurungan.

“Saya cuba elakkan menghadiri majlis keramaian atau bertemu orang ramai. Namun hari demi hari ia semakin baik dan saya mula menerima keadaan itu,”

Apatah lagi, ramai orang yang sering bertanya tentang isterinya ketika berada disesuatu majlis atau di mana sahaja.

Dalam pada itu, Rashidi berkata tindakannya merahsiakan perceraian itu selama tujuh bulan bukan disebabkan terikat dengan mana-mana kontrak kormersial.

Katanya, keputusan untuk tidak menghebahkan perkara berkenaan berikutan tak mahu menjejaskan emosi anak-anaknya ditambah lagi, ada anaknya yang sedang jalani peperiksaan besar.

Ini komennya tentang hal ini:

“Kami ambil masa tujuh bulan disebabkan masa ini adalah yang paling sesuai kerana semua sudah bersedia.

“Kami mahu menjaga emosi anak kami yang bakal menduduki SPM ketika itu dan ia tidak kerana terikat dengan kontrak kormersial,” 

Sementara itu, Rashidi berkata, keputusan untuk berpisah diambil selepas dirasakan ia jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak meneruskan kehidupan masing-masing.

Bukan disebabkan orang ketiga, Rashidi berkata mereka kini dah tiada lagi keserasian sebagai suami isteri.

“Sepanjang 17 tahun kami tiada masalah berkaitan orang ketiga, apa yang boleh saya katakan ia disebabkan tiada lagi keserasian.

“Ia jalan terakhir untuk hubungan kami dan Alhamdulillah anak-anak juga sudah matang untuk menerima keputusan tersebut,”

Selepas bercerai, anak-anaknya kini duduk dan dijaga oleh Vanidah, namun dia masih menjalankan tanggungjawab harian sebagai seorang bapa.

“Kami tidak berebut hak penjagaan anak, tapi saya sendiri merasakan anak-anak lebih baik berada bersama ibunya. Tapi saya masih bertemu setiap hari seperti biasa hantar dan ambil mereka dari sekolah,”

Rashidi pada Rabu lalu mengesahkan sudah bercerai dengan pelakon Vanidah Imran selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika yang berusia 15 tahun.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here