Putus tunang sebab Mira Filzah, ini jawapan Remy Ishak

Pelakon popular Remy Ishak kini telahpun mengesahkan bahawa dirinya dah putus pertunang dengan Ezza Yusof sejak sebulan yang lalu.

Dalam perkembangan terkini, Remy Ishak turut akui perpisahan yang berlaku bukan berpunca dari orang ketiga.

Malah, pelakon tersebut turut menafikan rakan pelakon, Mira Filzah sebagai punca hubungan keduanya terputus di pertengahan jalan setelah hubungan mereka dilihat serasi ketika berlakon bersama dalam beberapa naskah seperti drama Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan.

Ini komen Remy Ishak:

“Tidak ada kaitan dengan sesiapa, jauh sekali Mira Filzah seperti yang diperkatakan ramai orang,”

Remy Ishak berkata sedemikian seperti yang dipetik melalui laporan portal Harian Metro.

Terdahulu, dia ditemui pada majlis pelancaran jenama minuman Origina di Kuala Lumpur pada Rabu.

Remy Ishak berkata sebenarnya dia masih mempunyai hubungan baik dengan bekas tunang itu yang merupakan seorang usahawan yang berjaya.

Pelakon drama yang mula melonjak naik menerusi drama Nur Kasih ini turut memberitahu bahawa, dia dan Ezza kini sedang berada dalam tempoh bertenang.

“Selepas dua tahun kami bertunang tapi saya tak nampak arah ke alam perkahwinan. Jadi saya terpaksa melepaskan kerana tidak mahu mengikat dia.

“Dia boleh ada kehidupan yang lebih baik sekiranya saya lepaskan,”

Walaupun, sudah tiada ikatan, Remy berkata dia masih tidak menolak anda masih ada jodoh bersama wanita berkenaan selepas ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here