Punca Aznil Nawawi Tak Pernah Upload Foto Anak.. Kalau Tengok Gambar Selalu Sorang Diri Sahaja

Pengacara popular Malaysia, Datuk Aznil Hj Nawawi langsung tak pernah memuat naik gambar anak-anaknya di laman sosial. Raai tertanya-tanya kenapa macam tu? Apa kisah disebaliknya?

Berbicara tentang hal ini, Aznil berkata dia berbuat berkenaan ada sebabnya dan antara punca utama adalah untuk menghormati privasi mereka sekaligus memberi mereka ruang di kalangan masyarakat di luar sana.

Aznil juga sebenarnya berbuat demikian untuk ‘protect’ anaknya dan meluahkan rasa amat bimbang jika dia upload foto anak dan tiba-tiba anak nya akan dikecam atau dikritik netizen. Sebagai bapa, Aznil tidak mahu perasaan anak-anak kesayangannya terluka.

Ini komen Aznil Nawawi:

“Saya sudah terbiasa dengan komen negatif daripada netizen tetapi anak-anak belum tentu boleh terima. Faham sahajalah sikap segelintir netizen ini yang kadang-kadang perkara kecil pun mereka akan kritik. Tambahan pula mereka sangat privasi orangnya dan saya tidak mahu lukakan hati anak-anak dengan komen netizen sekiranya mereka baca”

“Selama ini jika ada pihak media yang ingin membuat sesi fotografi saya bersama anak-anak saya tak pernah tolak tetapi anak-anak yang tidak mahu. Sebagai bapa saya hormati keputusan mereka yang tidak mahu menonjolkan diri dalam bidang yang saya ceburi. Kebiasaannya jika ada tawaran saya akan bertanya mereka terlebih dahulu sama ada mereka setuju atau pun tidak dan kebiasaannya mereka menolak”

Aznil mempunyai tiga cahaya mata iaitu Fildza Haifa, 28 tahun, Fariq Haizen, 24 tahun dan Firdaus Hariz, 10 tahun.

Sementara itu, bercakap mengenai anak bongsunya, Aznil berkata, beliau melihat anak lelakinya itu mempunyai kecenderungan untuk mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni. Kata Aznil, Firdaus seorang yang suka kepada fesyen selain menyifatkan kanak-kanak itu sebagai seorang yang berani dan gemar melontarkan pendapatnya.

“Berlawanan dengan abang dan kakaknya, Firdaus suka kepada bidang seni malah seorang yang banyak bercakap dan periang! Dia berani kehadapan dan suka berada di atas pentas untuk menyatakan pandangannya. Apabila dia dilantik sebagai presiden Kelab Kanak-Kanak Lola Baba saya tahu dia boleh lakukannya kerana dia memang berani dan suka memimpin”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here