Punca Adira Tak Jadi Cerai, Datuk Red Bersyukur

Umum sudah sedia maklum dengan berita yang mengejutkan dunia seni tanah air baru-baru ini dengan berita penyanyi Adira yang telah pun memfailkan penceraian terhadap suaminya.

Suaminya iaitu seorang usahawan yang lebih dikenali dengan nama Datuk Red. Adira sebelum ini telah mengejutkan semua pihak dengan memberitahu bahawa dirinya bakal bercerai.

Penyanyi ini juga ada menyatakan sekiranya tiada jodoh dan perkahwinan antara dia dan suami berpisah dia akan tekad mempertahankan hak penjagaan anak-anaknya.

Namun bukan bermaksud dia mahu memisahkan hubungan kasih sayang antara bapa dan anaknya. Dia mengakui masih menghormati suaminya itu.

Terkini, apabila Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sendiri telah berkongsi satu mesej yang dikatakan penting di IG Story miliknya yang mendakwa bahawa isteri keduanya itu tidak jadi untuk bercerai.

Datuk Red, menerusi Insta Storynya juga telah meluahkan rasa syukur kerana Adira memilih untuk tidak meneruskan permohonan cerai yang dilakukannya.

Punca yang menyebabkan penyanyi putih melepak ini telah menarik semula permohonan cerainya adalah sebab nasib ketiga-tiga orang anak mereka.

Ini adalah paparan mesej yang dimenunjukan Adira menarik permohonan cerainya:

 “Lagi satu, Fira, Adira nak Tarik balik perceraian tu. Adira rasa tuk anak anak Adira tak nak cerai, tq Fira,”

Sebagai rekod, Adira telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang baru-baru ini.

Adira dan Datuk Red telah berkahwin di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015. Mereka yang berkongsi hidup selama empat tahun telah dikurniakan tiga orang anak perempuan.

Alhamdulilah.. syukur kerana Adira memilih untuk tidak berpisah dengan suami kerana memikirkan masa depan anak-anaknya. Semoga pasangan ini akan terus baik-baik sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here