PU Azman halang sebut ‘bahenol’, henti ikuti Si Nopal.. namun kemudian minta maaf.. kenapa?

Pendakwah popular tanah air iaitu Pencetus Ummah (PU) Azman telah meminta para netizen berhenti menyanyikan lagu Si Nopal yang tular di media sosial.

Melalui laman IG miliknya, Pu Azman tampil menjelaskan hal sebenar kenapa dia menyarankan serta menghalang untuk menyanyikan lagu Si Nopal berkenaan.

MAKSUD TAK BAIK, HENTI IKUTI SI NOPAL

Menurut kata PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, beliau dimaklumkan bahawa perkataan ‘bahenol’ yang disebut dalam lagu animasi dari Indonesia itu membawa maksud tidak baik.

“Beberapa hari lepas, saya antara personaliti yang memporpulakan lagu Bahenol. Tapi selepas mendapat maklumat daripada netizen dan membuat beberapa rujukan, saya dapati ia membawa maksud tak baik,”

Animasi Si Nopal menjadi tular di laman sosial khususnya lagu yang dinyanyikan watak dalam kartun itu ketika mengikuti perkhemahan bersama Si Nopal.

Rata-rata terhibur dengan gelagat animasi itu yang disifatkan agak melucukan.

Bagaimanapun menurut PU Azman, dia kesal kerana terkena tempias Si Nopal tanpa mengetahui asal usul atau maksud tersirat disebaliknya.

“Saya dah delete video berkaitan Si Nopal, saya mohon maaf kepada netizen dan ingin menyarankan supaya tidak menyebut perkataan dan mengikuti lagi sebarang perkembangan tentang Si Nopal.

“Bahenol bermaksud bentuk badan perempuan yang ghairah dan montok,”

PU AZMAN MINTA MAAF

Sementara itu, tak lama kemudian, PU Azman tampil membuat satu lagi kenyataan bahawa Bahenol ada maksud lain dan ianya boleh membawa maksud baik.

Ini komen PU Azman:

“BAHENOL JUGA BOLEH MEMBAWA MAKSUD BAIK DAN POSITIF.
Jadi, ia bergantung kepada penggunaan dalam seseuatu ayat.
Terima kasih kepada yang berkongsi maklumat kepada saya.”

Itulah penjelasan dari PU Azman.

View this post on Instagram

Berkhemah. Tukang Edit @ameershah48

A post shared by pu azman (@pu_azman) on

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here