PU Abu Selamat Tiba, Kena Terjah Dengan Wartawan Di KLIA.. Apabila Ditanya, Ini Responnya

Setelah selamat mengerjakan umrah selaam beebrapa minggu, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kini akhirnya telah kembali ke tanah air.

Apabila tiba di tanah air seudah tentu Pu Abu kini perlu bersedia untuk berhadapan kontroversi rumah tangga yang menjadi perhatian ramai.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), terus ada wartawan dari portal mStar yang datang kepadanya dan ternyata pendakwah bebas itu kelihatan terkejut.

Namun PU Abu dilihat terus tenang dan cuba memberikan kerjasama namun masih enggan memberi sebarang kenyataan apabila membabitkan kontroversi dengan bekas isteriya.

“Awak tengok macam mana saya sekarang, inilah diri saya. Tak nampak pun saya sugul.

“Maknanya tak adalah saya pulang ke Malaysia dalam keadaan kurus kering atau tak makan ke”

PU Abu yang berseluar jeans bersama kemeja-T serta topi berkata lagi, kisah yang diketahui umum sebenarnya hanyalah sebahagian daripada keseluruhan situasi sebanar.

Kisah sebenar yang berlaku telahpun diketahui keluarga ketiga-tiga pihak iaitu bekas isteri, Ain Afini, wanita dikenali sebagai Hana Azraa dan ibu bapanya sendiri.

“Tiada siapa pun tahu cerita tentang sebenar melainkan keluarga saya dan keluarga di pihak bekas isteri dan Hana.

“Saya minta maaf sangat-sangat, saya takkan beri apa-apa kenyataan. Apa pun paksaan atau desakan saya takkan buka mulut. Itu sahaja jawapan saya ketika ini.

“Selebihnya saya akan maklumkan kemudian,”

Sementara itu ketika diajak bercerita mengenai status hubungannya dengan Hana kerana dikatakan mereka sudah bernikah, PU Abu memilih untuk mengunci mulut.

Malah PU Abu memberitahu dia dinasihatkan bapanya, Mokhtar Rozaidi untuk tidak akan memberi apa-apa kenyataan susulan.

“Minta maaf, saya tak boleh beri apa-apa komen. Saya kena dengar cakap ayah saya kerana dia minta supaya jangan buka mulut untuk bagi kenyataan kepada sesiapa pun.

“Saya akan beritahu selepas saya dapat keputusan dari ayah saya. Apa-apa pun saya kena tunggu ayah saya,” 

Tambah PU Abu, kenyataannya selama ini turut diputar belit beberapa pihak.

“Saya tak boleh cakap banyak-banyak sebab semua kenyataan saya selama ini diputar belit ramai pihak dan media.

“Sehingga apa sahaja yang keluar dari mulut saya dianggap salah. Jadi saya tak nak cakap apa-apa setakat ini.

“Saya takkan bagi apa-apa kenyataan sehingga arahan daripada ayah saya,”

Ini video dari mStar:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here