Pesanan Lin Dan Buat Lee Chong Wei

Juara dunia lima kali yang juga seteru utama Datuk Lee Chong Wei iaitu Lin Dan dari China telah memberi sedikit pesanan buat pemain legenda Malaysia itu. Lin Dan berkata, dia tak mahu Datuk Lee Chong Wei terlalu memikirkan karier badmintonnya disaat dia sakit ketika ini.

Lin Dan yang juga pemenang dua pingat emas Olimpik dari China itu mahu Chong Wei fokus terhadap proses pemulihan dari penyakit kanser yang dihadapi oleh nya.

Bercakap kepada media di China, Lin Dan yang merupakan jaguh badminton dunia serta legenda badminton China yang berusia 35 tahun berkata: “Kesihatan badan adalah keutamaan. Tidak penting bila kamu akan dapat kembali beraksi. Pertama sekali, saya berharap Chong Wei agar sembuh secepat mungkin.”

Sebelum itu, beberapa pemain terbaik badminton termasuk pemain ranking nombor satu dunia, Viktor Axelsen dari Denmark memberikan ucapan selamat kepada Chong Wei menerusi media sosial.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Sabtu lalu telah membuat kenyataan melalui Presidennya dan mengesahkan Lee Chong Wei menghidapi kanser sekaligus mengakhiri spekulasi mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya sebelum ini.

Beberapa portal akhbar telag membuat pendedahan pada Julai lalu dengan melaporkan Chong Mei sedang mengalami masalah kesihatan yang mampu menamatkan kariernya selepas menarik diri daripada Kejuaraan Dunia di Nanjin, China dan Sukan Asia Indonesia, bulan lalu.

Selepas memenangi Terbuka Malaysia buat kali ke-12 pada Julai, Lee Chong Wei mara ke separuh akhir Terbuka Indonesia seminggu kemudian di Jakarta yang menjadi kejohanan terakhirnya sebelum beliau disahkan mempunyai penyakit kanser dan menjalani rawatan.

Datuk Lee Chong Wei ketika ini sedang menjalani rawatan di Taiwan ditemani keluarga termasuk isteri dan anak-anak dan dijangka akan pulang ke Malaysia bulan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here