PERHATIAN kepada semua makcik bawang, ini penjelasan Zizan Razak tentang ‘nurse not our level’

Agak kecoh tentang isu Linda Rafar yang berang dengan sikap seorang jururawat di sebuah hospital. Dari aduan LInda, sebenarnya dia hanya complain tentang sikap seorang nurse sahaja.

Kisahnya bermula apabila Linda meminta seorang nurse untuk tukar cadar ibunya sahaja, akan tetapi perkara ini tidak diendahkan oleh seorang nurse malah dikatakan bersikap kurang ajar.

Akan tetapi ada pihak lain terutama nurse diluar sana yang terasa hati dan mula marah terhadap Linda Rafar keran ingatkan Linda memperlekehkan kerjaya nurse, walhal Linda Rafar ada mengatakan hanya sikap seorang nurse sahaja yang biadap.

Malah ada nurse lain yang bagus dan membantu ibunya untuk tukar cadar berkenaan.

Maka isu ini menjadi medan untuk nurse mempertahankan kerja mereka walhal, sikap seorang nurse yang biadap tu sebenarnya yang mahu Linda Rafar complaint.

Linda Rafar mendapat sokongan dari para artis termasuk pelawak Zizan Razak. Linda ada memuatnaik satu status yang membuat para jururawat di luar sana marah apabila dia ada menulis ‘nurse is not our level’.

Ini perbualan berkenaan:

Ramai yang mula salah faham dan marah dengan Zizan kerana kenyataan itu. Walhal kenyataan itu merujuk kepada nurse yang biadap itu. Tetapi ramai salah faham Zizan merujuk kepada semua nurse.

Zizan Razak tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik kenyataannya berhubung isu Linda Rafar dan jururawat di sebuah hospital kerajaan semalam.

‘Nurse is not our level’ itu bukan ditujukan kepada kerjaya kejururawatan secara umum, kata Zizan ayat itu merujuk khusus kepada sikap individual jururawat yang berdepan krisis dengan Linda Rafar.

Ini jelas Zizan :

“Assalamualaikum saya ucapkan kepada nurse yang berada di seluruh Malaysia.

“Dalam isu ‘not our level’, saya tidak merujuk kepada pekerjaan ya. Yang saya sampaikan ialah perangai bodoh sombong.

“So tak kisah apa bentuk pekerjaan pun yang bodoh sombong dia bukan level saya termasuk juga rakan artis.

“Dan kepada yang cuba memanipulasi statement saya terserah. Jumpa di akhirat kelak,”

Sebenarnya isu ini tentang perangai nurse yang biadap dan Lida Rafar pun buat complaint tentang nya, akan tetapi ramai yang salah anggap dan ingat Linda Rafar kecam nurse.

Harusnya diingatkan sekali lagi bahawa Linda Rafar bukan kecam nurse tetapi complaint tentang perangai seorang nurse yang menjaga wad ibunya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here