“Pergi umrah pun jangok.. Lady gaga pergi umrah” Komen kepada Che Ta

Pelakon dan selebriti popular, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa dengan panggilan Che Ta telah upload sekeping foto ketika menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, Zain Saidin.

Foto berkenaan di muatnaik di akaun Instagram miliknya semalam, hari Jumaat.

Dikatakan foto ini adalah throwback untuk memberi caption mengajak berdakwah.

Ini caption dari Che Ta:

“BERDAKWAHLAH SEMAMPUMU”

“Tidaklah kita dituntut memberi hidayah kepada hati-hati manusia kepada (Al-Haq) kebenaran yang kita serukan kepada manusia.”

“Akan tetapi kita dituntut untuk berdakwah saja . Salam jumaat.”

Selepas followernya yang berjumlah empat juta melihat foto tersebut, lantas ada yang sempat memberi komen yang seperti ini:

“Gi umrah pun jangok…..eerrmmmmm”

Jangok tu sebenarnya, perkataan dari negeri Kelantan yang membawa maksud melaram, berhias, bersolek sakan.

Selain itu ada juga yang berseloroh dan menggelarkan Che Ta seperti Lady gaga sedang mengerjakan umrah.

Ini antara komen netizen:

Tetapi ada juga yang memberi komen positif kepada Che Ta setelah melihat kecantikan Che Ta yang bergaya sakan ketika beribadah di tanah suci Mekah.

Macam-macam perangai netizen ni. Apa-apa pun Che Ta tetap cantik dan pandai bergaya seperti selalu.

Che Ta memang terkenal dengan gaya nya yang amat ranggi selain sering tampil dengan juru kamera peribadi untuk memuatnaik foto yang cantik ketika berada di luar negara mahupun bercuti di dalam negara.

Foto: Instagram Rozita Che Wan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here