“Perempuan lepas mengandung akan gemuk dan berbau.. hak suami la nak cari lain”

Isu rumah tangga pelakon jelita Mia Ahmad dan penjaga gol Mohd Izham Tarmizi kini diketahui ramai sedang mengalami dugaan dan ujian.

Dikatakan, penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu berlaku curang namun dengan tegas Izham tampil menepis segala dakwaan kononnya dia berlaku curang.

Mia Ahmad pula tampil menegaskan dia akan lakukan apa sahaja untuk menyelamatkan rumah tangganya. Ujarnya lagi, hanya dirinya, suami dan wanita itu sahaja yang tahu kebenarannya.

Okey itu kisah rumah tangga pasangan ini, tapi kali ini yang menjadi viral dan tumpuan ramai adalah komen dari seorang lelaki tentang kemelut ini.

Komen oleh seorang pengguna Facebook bernama Firdaus dalam ruangan komen satu artikel oleh sebuah portal hiburan berkaitan kenyataan Mia Ahmad itu ternyata mengundang kecaman dan membuatkan netizen terutama dari golongan wanita berasa berang dan marah.

Ini komen lelaki bernaam Firdaus itu; “Takleh salahkan suami, sebab perempuan lepas mengandung akan gemuk dan berbau, hak suami la nak cari yang lawa dan wangi balik”

Komen keterlaluan oleh lelaki itu dimuat naik oleh seorang netizen di Twitter dengan caption: ‘Salam girl, jangan kahwin dengan Firdaus ni okay?’.

Kemudian, ianya mencetuskan rasa kurang senang dari kalangan orang ramai dengan komen berkenaan. Ada mengatakan dia semakin risau untuk kahwin apatah lagi kalau dapat lelaki berperangai seperti Firdaus.

Ada juga ingin tahu wajah dan rupa Firdaus itu agar semua wanita tidak berkahwin atau menjauhi dari berkenalan dengannya.

Ada juga beberapa individu bernaam Firdaus tampil mengatakan lelaki berkenaan telah menjatuh nama ‘Firdaus’, iaitu satu nama yang cukup baik.

Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata buruk padahnya. Oleh itu, selepas ini jika anda mahu menulis sebarang komen adalah lebih baik berfikir dulu baik buruknya.

Jangan pakai tulis sahaja, kalau salah buruk padahnya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here