Perangai Ustaz Madi teruk sangat, Azhan Rani kena ugut

Nama pelakon Azhan Rani semakin menjadi perbualan ramai apabila membawa watak jahat atau antogonis dalam drama Nur2.

Watak yang dibawa menerusi drama siri Nur 2 itu memang begitu meninggalkan kesan kepada para penonton drama yang menjadi hit itu.

Karaktor dan perangai yang melampau yang dibawa dalam watak Ustaz Hamadi benar-benar membuatkan penonton berang dengan Azhan Rani.

Kalau diimbas kembali, Azhan Rani merupakan pemenang kategori Antagonis Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang lalu.

Kata Azhan Rani, dia memag sudah menjangka kecaman yang akan berlaku pada dirinya dan kini ada pula yang mengugut untuk membunuhnya kerana terlalu benci pada watak Hamadi itu.

Ini pendedahan dari Azhan Rani:

“Segala kecaman telah dijangka, kerana sejak musim pertama perkara itu sudah berlaku.

“Untuk kali ini watak Ustaz Hamadi diberi agak berlebihan oleh pengarah hingga membuatkan penonton benar-benar membenci.

“Ada penonton yang mesej, mahu membunuh saya. Tapi saya tahu dia bukan tujukan kepada diri saya yang sebenar.

“Ia juga sebenarnya menunjukkan watak yang saya bawakan berkesan kepada penonton,”

Untuk pengetahuan, drama Nur musim pertama mendapat perhatian ramai kerana jalan cerita yang amat baik. Malah drama berkenaan telah diangkat sebagai drama terbaik di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur.

Kini drama Nur 2 kini sedang hangat ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin sehingga Khamis jam 10 malam. Jangan lupa layan. Memang best gila!

Sumber -MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here