Penonton sebak lihat luahan hati Erra Fazira: “Kenapa dia ni berpisah, tak ambil anak? Ada kisah disebalik”

Erra Fazira satu nama yang amat popular di Malaysia. Penyanyi dan pelakon ini pernah memenangi begitu banyak anugerah seperti Pelakon Filem Paling Popular (ABP) dan juga pemenang pelakon filem wanita terbaik (Festival Filem Malaysia).

Namanya memang tak asing lagi dalam industri hiburan tanah air.

Baru-baru ini, Erra Fazira telah menjadi tetamu jemputan untuk sebuah rancangan berjudul Di Balik Idola. Erra Fazira telah berkongsikan kisah tentang pengalaman hidup dan kisah peribadinya bersama para penonton.

Erra Fazira telah imbas kembali kisah peertunangan dan perkahwinan terdahulu bersama bekas tuang, Awie, bekas suami, Yury Abd Halim dan Engku Imran.

Walaupun semuanya hubungannya gagal, episod kegagalan yang pernah dialaminya dahulu adalah pengalaman berharga dalam hidupnya.

Ini video berkenaan:

Sayu dengar kisah Erra Fazira

Mengalir air mata Erra Fazira bercerita tentang ibu dan anaknya..(Di balik idola: Erra Fazira)

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Saturday, 16 March 2019

Ini antara luahan Erra Fazira:

KISAH KEGAGALAN DALAM HUBUNGAN

“Seperti yang semua dah ketahui, rentetan perjalanan saya, saya pernah mengalami kegagalan dalam bertunang, pernah gagal dalam perkahwinan tapi semua itu saya jadikan sebagai pengajaran.

“Tidak ada yang negatif atau yang tidak elok, setiap perjalanan yang telah diaturkan. Itu semua adalah pengalaman hidup yang sangat berharga buat saya.

“Saya bertemu jodoh bersama Yusry, ketika saya dikemuncak kerjaya. Gabungan kami berdua bom! Jadi ianya menjadi ‘wedding of the year’. Tapi macam mana pun jodoh tak kesampaian. Tidak ada rasanya orang berkahwin untuk jodoh yang pendek.

“Alhamdulillah, dengan Engku saya dianugerahkan Allah dengan anugerah terindah iaitu anakanda saya, Engku Aleesya. Tapi perkahwinan saya sekali lagi kecundang. Yang sedihnya bila terpisah dengan anak bukan sesuatu yang sangat mudah.

KENAPA TAK AMBIL ANAK

“Orang tak tahu, orang ingat kenapa dia ni berpisah dia tak ambil anak? Ada kisah disebalik, tidak ada ibu yang nak berpisah dengan anak. Biarlah orang kata kita berkorban untuk kebahagiaan anak. Yang penting anak bahagia.

“Anak saya harus wajib terima kasih sayang daripada kedua-duanya walaupun salah seorang akan sakit. Jadi dalam hal ini, saya sakit tak apa, asalkan anak saya bahagia.

“Saya yakin Allah itu adil, saya yakin aturan Allah itu baik. Mungkin tak baik untuk saya tapi baik di masa hadapan,”

RESPON SEBAK PENONTON

Nampaknya rancanagn ini tealh memberi impak yang besar kepada para penonton. Rata-rata bersedih dengan kisah berkenaan terutama apabila Erra Fazira menangis bercerita tentang ibu dan juga anaknya.

Ini antara respon penonton:

Ermida Asikin: “Tersentuh hati ni, ujian manusia xpenah sama kita nmpk dia cantik happy tp bnyk jgk duri yg dlaluinya, moga erra terus kuat, in shaa Allah Allah mengiringi mu”

Nuzi Anuzi: “Minat sgt dgn erra..wanita yg tabah,cantik dan brjaya…x pnah dgr bnde yg x elok dari erra..moga Erra Fazira sntiasa tabah,…InsyaAllah,pasti ada hikmah dsblik dugaan yg kamu trima ini…

Emy Ly Ahmad: “Serius mmg sdihhhh.. tersedu2 aku nangis… smua yg jd da ketentuan tuhan..redha xredha kite kne trima..walaup0n pahit …kite lalui..kite je yg thu mmg perit sgt.. org nmpk luaran mcm hepy..tp disblk nyaa org xtau.. berkorban utk ank mmg sesuatu yg agar sukar… xde ibu yg xsygkn ank.. demi ank kite sggp buat ape saje

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here