Pendedahan mengejut Adibah Noor tentang AJL33 buat ramai kecewa..

Bekas juara AJL iaitu Adibah Noor telah membuat satu pendedahan yang agak mengejutkan. Penyanyi lagi Terlalu Istimewa ini mendedahkan bahawa pemenang Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) sebenarnya sudah diadili lebih awal sebelum berlangsungnya persembahan pada pentas final acara berprestij berkenaan.

Melalui laman Twitternya, Adibah Noor berkata, semua sudah ditentukan lebih awal dan hanya Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik sahaja dipertandingkan pada malam tersebut.

Ini tulisnya:

“You all must know that juara lagu has been decided long before tonight. malam ni just enjoy their performance je lah ya. hehehehehe nak amik inhaler jap after listening to that singer.

Kemudian ini komennya lagi:

“Kamu semua perlu tahu bahawa juara lagu sudah diputuskan lebih awal iaitu sebelum malam pertandingan. Malam ini hanya enjoy persembahan saja lah ya.

“Barisan pengadil yang dipaparkan tadi sudah decide lama dah. Malam ni mereka pilih yang dua kategori tu je,”

Kenyataan tersebut mendapat perhatian netizen yang menyangka keseluruhan persembahan diadili pada malam pertandingan.

Perkara itu menimbulkan pendapat bahawa penyanyi tidak perlu membuat persembahan secara bersungguh-sungguh berikutan keputusan sudah pun ada.

“Itulah kadang-kadang kecewa sebab yang nyanyi entah apa-apa sekali menang, sebab malam ni untuk vokal dan persembahan sahaja,”

Malahan ada yang faham dengan konsep pertandingan yang membuat penilaian terhadap lagu dan lirik bukannya kehebatan vokal dan cara penyampaian semata-mata.

“Ada betulnya sebab AJL ni untuk penilaian lirik lagu, fungsi nyanyian untuk terjemahkan lirik lagu dalam bentul yang boleh didengar,”

Bagaimanapun, Adibah berkata, dia tidak pasti sama ada cara penjurian yang sama dibuat ketika dia memenangi pertandingan tersebut menerusi lagu Terlalu Istimewa pada 2006.

Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul Haram muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Lagu Haram telah dinyanyikan oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah.

Naib juara AJL33 pula milik lagu Bunga ciptaan Hang Nadim, Laq dan Kadok nyanyian bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Ara Johari.

Tempat ketiga milik lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri berjudul Sampai Bila nyanyian Misha Omar.

Misha Omar juga telah dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi, manakala Persembahan Terbaik pula milik penyanyi sensasi Sufian Suhaimi menerusi persembahan mantap lagu Di Matamu.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here