Pembunuh kucing perlu hukuman berat!

Khalid Rashid atau lebih dikenali Pak Khalid yang merupakan Presiden Kelab Kucing Malaysia meminta pihak berkuasa menghukum pendera haiwan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Beliau telah merayu pihak Veterina Malaysia lebih bertegas menggunakan hukuman denda atau penjara kepada pelaku.

Ini setelah satu kejadian menyedihkan berlaku apabila dua individu memasukkan seekor kucing kedalam pengering baju disebuah dobi seterusnya membuatkan kucing tersebut mati.

Ini komennya tentang perbuatan terkutuk terbabit:

“Ini adalah masanya. Now or never. Saya geram, marah, dengan pelaku yang membuatkan mendera kucing mengandung itu sehingga mati. Apa salah kucing itu?”

“Tangkap, bicara dan jalankan hukuman. Sekarang ini denda sehingga mencecah RM100,000 atau kalau tak mampu banyar sumbat sahaja dalam penjara.Dan bukan dikenakan denda yang minimum. Biar hukuman itu menjadi pengajaran kepada orang lain.

“Saya juga mahu cadangkan mereka ini dikenakan hukuman dengan menjalani khidmat sosial. Hantar mereka kerja di pusat jagaan haiwan, biar mereka tahu sedikit macam mana nak jaga haiwan.

“Saya pun bukan suruh mereka sayang atau jaga kucing atau haiwan lain, tetapi jangan kejam macam tu. Saya boleh kata yang mereka ini mempunyai masalah mental”

Menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebuah pusat dobi layan diri, ada dua lealki yang merupakan pelanggan premis berkenaan tealh bertindak kejam dengan memasukkan seekor ibu kucing yang sedang bunting ke dalam mesin pengering lalu menghidupkan peralatan berkenaan.

Kucing tersebut mati dengan kesan darah dalam mesin itu. Kes ini menjadi viral dan membuatkan ramai pecinta haiwan peliharaan terutama pecinta kucing berang dengan kejadian ini.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Taman Seri Gombak. Pihak polis sedang memburu dua lelaki kejam berkenaan. Pesalah boleh berdepan dengan hukuman mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015

Sumber: portal mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here