“Patutnya Amar Kena Jumpa Saya” – Nasihat Ashraf Muslim Tentang Poligami

Kecoh apabila kes rumah tangga pelakon Amar Asyraf yang heboh diketahui apabila dia sudah mempunyai dua isteri dan hampir bernikah lagi buat kali ketiga telah mengemparkan industri hiburan.

Pelakon Ashraf Muslim yang sudah pun mengamalkan kehidupan berpoligami,berkata ia tidak salah bagi Amar merahsiakan tentang isteri keduanya tetapi sebagai selebriti tanah air dia perlu memberitahu kepada umum tentang hal itu supaya tiada fitnah.

Jelas Ashraf Muslim lagi seorang suami mempunyai hak berpoligami jika dia sendiri mampu menjalankan tanggungjawab yang berat serta amanah yang besar itu.

Komen Ashraf Muslim pada Amar Asyraf :

“Patutnya Amar kena jumpa saya, mungkin saya boleh beri nasihat. Bagi saya tak salah nak rahsiakan perkahwinan kedua tapi kena ingat sebagai selebriti, ramai di luar sana ingin tahu mengenai keluarga kita”.

“Jadi, kalau boleh kita sampaikan kepada masyarakat supaya tidak berlaku fitnah. Nak kahwin berapa pun tak ada masalah, tapi kena lakukan dengan cara yang betul”.

“Berpoligami ini tidak salah sekiranya seorang suami itu mampu daripada segi menjaga para isteri, anak-anak dan bijak menguruskan rumah tangga. Paling penting, mampu menggalas amanah yang Allah berikan”.

“Kalau rasa-rasanya tak mampu, janganlah buat. Mampu ini banyak maksud antaranya masa, kewangan, kasih sayang dan segalanya,”

Sebagai rekod, pelakon Ashraf Muslim telah mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya yang juga merupakan doktor pada 30 Ogos 2011 dan telah berkahwin dengan isteri kedua yang merupakan pengacara TV pada 7 Julai 2013.

Hasil perkongsian bersama isteri pertama dan keduanya pasangan ini telah mempunyai empat orang anakk iaitu Sarah Ashraf berusia empat tahun,Anas Ashraf yang berusia tiga tahun, Adam Ashraf berusia dua tahun dan Safiyyah Ashraf yang kini baru berusia setahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here