Papadom Ada Kandungan Garam Terlalu Tinggi – Pendedahan Persatuan Pengguna Penang

Papadom merupakan keropok atau kerepek rangup yang amat popular di Malaysia dan amat sinonim dengan nasi kandar. Namun ada bahayanya juga kalau makan terlalu kerap.

Nampaknya menerusi satu laporan dari portal Sinar Harian, pera peminat papadom dinasihatkan agar mengurangkan pengambilannya kerana didapati kandungan garam didalam hidangan papadom amat tinggi.

ianya didedahkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang atau Consumers Association Penang (CAP). Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, dalam ujian makmal yang dibuat ke atas 11 sampel papadom, kesemuanya mengandungi lebih 1,000mg/100 gram garam.

Menurutnya, empat daripada sampel tersebut mengandungi lebih 2,000mg/100 gram garam.

Ini pendedahannya:

“Pengambilan papadom yang banyak dalam makanan akan menyebabkan kandungan garam dalam badan tinggi. Ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.

“Sekeping papadom mengandungi 260 mg garam. Bayangkan jika satu hidangan, anda mengambil lima keping papadom, maknanya kandungan garam yang diambil adalah 1,300mg,”

Jelasnya, walaupun papadom boleh dianggap tidak memudaratkan, pengambilan berlebihan akan menyebabkan sembelit dan perut berangin.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulai Pinang telah membuat gesaan supaya pihak Kementerian Kesihatan menetapkan kadar garam dalam papadom agar pengambilan perasa itu dapat dikawal.

Sumber: Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here