Nama penyanyi Sufian Suhaimi mencanak naik semalam di pentas Anugerah Juara Lagu kali ke33.
Sufian Suhaimi telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Di Matamu di Anugerah Juara Lagu ke33 (AJL33) semalam dengan persembahan yang agak ‘panas’ apabila tampil membawa prop kahwin dan persandingan naik ke pentas seolah menyindir Elfira Loy.
Apabila ditanya tentang hal itu, Sufian Suhaimi menjelaskan, konsep persembahannya malam tadi bukan bertujuan untuk attack atau mencuit mana-mana pihak.
Katanya lagi, apa yang dipersembahkan merupakan hasil perbincangan dan idea ramai pihak. Malah jika ada yang terasa, Sufian memohon maaf.
Ini videonya:
Sufian Suhaimi kena serbu media AJL33
PANAS! Sufian Suhaimi perli Elfira Loy di AJL33? Ini respon balasnya!
Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Sunday, 3 February 2019
Ini komen Sufian Suhaimi:
MINTA MAAF KALAU TERASA
“Bila bercakap mengenai kisah saya yang putus tunang, tentunya tak jadi kahwin. Tapi itu bukanlah untuk cuit mana-mana pihak.
“Itu adalah interpritasi saya untuk lagu tersebut di pentas AJL33 dan kalau ada yang terasa hati atau terguris, saya mohon maaf.
“Ia hanyalah persembahan dan rasanya penonton pun suka. Kalau ada yang tak suka tu boleh tengok persembahan lain”
IDEA SIAPA?
“Ada beberapa idea, cuma apa yang menjadi keutamaan ialah susunan lagu itu sendiri. Bila sudah dapat susunan lagu tu barulah Hatta Dolmat selaku stylist saya dan kebetulan dia ada kenal dengan team perancang perkahwinan yang sebelum ini merancang majlis untuk kahwin Yuna.
“Dia berminat untuk membantu buat Di Matamu dan itulah yang boleh kita lihat,”
AMBIL KESEMPATAN ISU ELFIRA LOY?
“Saya tidak melihat ini sebagai mengambil kesempatan. Cuma apa yang berlaku itu seolah-olah ada timeline yang macam sesuai dengan apa yang kita buat.
“Misalnya sebelum ini pun saya sudah banyak kali katakan lagu itu bukan mengenai kisah peribadi saya. Kemudian benda tu berlaku ketika ia hampir dilancarkan.
“Kemudian bertanding di AJL dan cerita itu masih lagi buah mulut orang,”
PELAMIN HANYA PENAMBAH RASA
“Bukan metafora juga.. tapi ia ibarat penambah perisa persembahan. Bukan 100% idea saya. Ada banyak orang di belakang untuk lagu ini di AJL dan apa yang anda lihat adalah hasil idea daripada banyak pihak,”
Itulah penjelasan dari Sufian Suhaimi tentang isu persembahan di AJL33 ini.