Pakai Seksi Sebab Tak Nak Nampak Tua

Nama pelakon seksi Adeline Tsen atau nama sebenarnya iaitu Adeline Anthony Primus Tsen yang berasal daripada Kota Belud, Sabah dan juga merupakan pelakon dan juga model.

Dia yang mempunyai darah keturunan cina kadazan yang dilahirkan pada 5 November 1986 dan juga merupakan anak bongsku kepada tujuh orang adik beradik.

Menurut pelakon Adeline Tsen ini, dia memberitahu bahawa beranu memakai pakaian seksi bukan semata-mata mahu menunjuk-nunjuk. Tujuan utamanya adallah tidak mahu kelihatan tua daripada umur sebenar.

Jelas Adeline lagi, walaupun usianya kini sudah meningkat kepada 33 tahun namun rata-rata peminat masih lagi tidak tahu usia sebenrnya.

Ini adalah komen yang diberikan oleh Adeline Tsen lagi:

“Mungkin saya sudah turun berat badan membuatkan lebih yakin mengenakan baju seksi apabila menghadiri sesuatu majlis.

“Lagipun saya tidak mahu kelihatan tua. Penampilan saya ini, ramai yang masih tak tahu sudah menjengah usia 30-an.

“Nak kata terlalu seksi tidaklah juga sebab saya masih menghormati majlis dan mengikut tema. Malah setiap gambar yang dimuat naik masih berpada-pada,”

“Biarlah apa orang nak kata asalkan ayah saya tahu yang anaknya masih sama. Janganlah menilai daripada luaran saja sebaliknya kenal dulu dengan lebih mendalam.

“Kalau ada komen keterlaluan di media sosial, saya akan menyekat kerana Instagram kini boleh mengawal setiap komen warganet yang cakap ikut sedap mulut,” 

Pelakon dan model ini megaitkan dengan perubahan berat badan yang semakin langsing membuatkan dia lebih berani untuk memakai baju seksi ketika menghadiri satu majlis.

Namun dalam pada masa yang sama, dia juga menghormati majlis yang dihadiri dengan mengikut tema yang bersesuaian agar tidak terlalu seksi.

Malah, dia juga mengakui sudah lali dengan setiap cacian dan kritikan yang dilemparkan mengenai penampilannya seksinya itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here