“Nyawa di hujung tanduk” Saat cemas Heliza Helmi, senapang diacu di bawah dagu..

Penyanyi Heliza Helmi antara selebriti yang paling aktif menyertai dalam misi keamanan dan kemanusian di luar negara untuk membantu saudara yang beragama Islam di negara Palestin dan Syria.

Heliza Helmi mengakui perjuangan nya ini bukanlah sesuatu yang amat mudah kerana dirinya pelu melalui begitu banyak cabarannya. Kata Heliza Helmi, setiap kali menyertai misi kemanusian dia sering mengingati dirinya bahawa kemungkinan untuk kembali ke tanah air dalam keadaan bernyawa sangat tipis.

Ini antara perkongsian dari Heliza Helmi:

“Setiap kali pergi misi bantuan kemanusiaan, pasti Allah akan bagi pengalaman yang di mana kami berhadapan dengan nyawa di hujung tanduk.

“Tiket pergi ada, tiket kembali mungkin tidak ada. Terdapat satu pengalaman, kami diberitahu yang kawasan ini tidak selamat tetapi kami kami tiada pilihan. Kami hanya berselawat ketika ingin keluar. Selepas beberapa minit, tempat yang kami lalui itu meletup (akibat dibom),”

Sementara itu, Heliza Helmi sempat berkongsikan pengalaman yang amat menakutkan dan getir apabila dia pernah berhadapan dengan situasi selaras senapang berada di bawah dagunya. Ketika itu dia hanya mampu berdoa dan mengimpikan untuk mati syahid.

Ini pendedahannya:

“Setiap kali berada di sana, saya mengimpikan mati syahid malah saya pernah berhadapan dengan selaras senapang yang berada di bawah dagu.

“Saya berdoa ya Allah ambillah nyawaku. Wahai jiwa-jiwa yang tenang, pergilah mengadap Tuhanmu dalam keadaan kau reda dan diredai,”

Itulah antara komen dari Heliza Helmi.

Memang bukan semua orang yang ada keberanian untuk menjejakkan kaki ke Syria dan Palestin di saat peperangan sedang berlaku di negara berkenaan.

Akan tetapi demi untuk menghulurkan bantuan kepada saudara Islam kita yang memerlukan, Heliza sanggup melakukannya. memang respect dengan keberanian Heliza yang tidak henti menyertai misi keamanan dan kemanusian tersebut, semoga Heliza sentiasa dilimpahi dengan keberkatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here