Nora Danish pula cucuk jarum lepas Jejai bagi ucapan kat Fasha Sandha

Sebelum ini, bekas suami kepada Nora Danish dan juga Fasha Sandha iaitu Jejai telah menulis ucapan khas buat Aidil Aziz dan juga Fasha yang selamat di ijab kabulkan semalam.

Menerusi ucapannya, Jejai akui mendengar perkara yang baik tentang Aidil dan berasa gembira kerana Aidil amat rapat denagn anaknya. Jejai juga berharap agar perkahwinan antara Fasha dan Aidil berkekalan.

Ucapan Jejai kepada pasangan baru berkahwin itu menerima reaksi positif dari para netizen. Rata-rata gembira melihat kematangan dan sikap positif Jejai itu.

Namun ada satu komen yang berjaya mencuri perhatian ramai di ruangan komen Jejai itu. Komen berkenaan datang dari Nora Danish.

Nora Danish yang merupakan bekas isteri pertama Jejai, telah menulis komen mencucuk jarum agar Jejai bertemu jodoh selepas kedua-dua bekas isterinya dah pun bertemu jodoh.

Ini komen Nora Danish: “Mari kita ramai ramai berdoa, agar Jejai berkahwin pula, mungkin tarikh Yg sama tahun depan”

Ramai pula yang teruja dengan komen Nora Danish itu. Ramai memuji Nora berhati baik kerana mendoakan agar bekas suaminya itu cepat dapat jodoh.

Ada juga netizen yang meng’amin’kan komen Nora Danish itu agar Jejai dapat menemui pengganti dan berkahwin sekali lagi.

Diimbas kembali, Jejai dan Nora Danish berkahwin namun bercerai dan dikurniakan seorang cahaya mata. Nora Danish kemudian bertemu jodoh dengan Nedim Nazri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here