Nonsense! Kenapa biar kerajaan buli, dera Datuk Seri Najib? – Sahara Yaacob

Penyanyi veteran, Sahara Yaacob telah tampil dengan lantang dalam menyuarakan bantahan terhadap penahanan Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada hari Rabu yang lalu.

Penyanyi ini berkata, rakyat Malaysia seharusnya bangkit membantah penahanan tersebut yang dianggap bercanggah dengan undang-undang. Selain itu Sahara Yaacob mendakwa bahawa kerajaan telah membuli dan mendera Datuk Seri Najib Razak.

Sahara Yaacob mengatakan Datuk Seri banyak berjasa kepada rakyat Malaysia dan bekrja dengan penuh bersungguh-sungguh demi negara tetapi kini ditahan pula.

Ini antara komen Sahara: “Bila satu umat Islam yang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia dan telah membantu umat islam dan orang Melayu, bila dalam kesusahan dan kita buat senang, saya rasa ianya tak okey. Ianya seperti Datuk Seri kena buli dan kena dera. Ini nonsense”

Ini videonya.

Luahan Sahara ini demi mempertahankan Datuk Seri Najib Razakyang telah ditahan dan didakwa atas dana IMDB yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya.

Datuk Seri Najib telah diikat jamin dan keluar dari tahanan.

Sumber: mStar

1 COMMENT

  1. Takyah la timbul kan orang islam politik is politik islam is islam.. Saya faham sebab nak keadilan untuk datuk sri najib .. Tapi jangan babit kan orang islam and melayu … Saya sokong penyayi lama ni tapi jangan la naik kan issue islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here