Nicolas Cage ceraikan isteri lepas 4 hari berkahwin… Ini puncanya

Pelakon antarabangsa, Nicolas Cage membuat satu keputusan yang amat mengejutkan ramai apabila menceraikan isterinya, Erika Koike hanya selepas empat hari berkahwin.

Nicolas Cage mendirikan rumah tangga dengan seorang juru solek bernama Erika di Las Vegas dan secara tiba-tiba kini mengumumkan telah menfailkan penceraian terhadap wanita berkenaan.

Alasannya, pelakon filem National Treasure dan Ghost Rider ini telah mendakwa dirinya terlalu mabuk ketika bersetuju berkahwin dengan wanita berkenaan pada hari Sabtu.

Pelakon berumur 55 tahun ini dan Erika berkahwin di Las Vegas pada 23 Mac lalu sebelum pelakon itu memfailkan cerai terhadap isterinya pada Rabu.

Dari laporan portal US Weekly, ada satu pendedahan yang memetik dokumen mahkamah melaporkan, sebelum mendaftar perkahwinan dan melangsungkan majlis, pasangan berkenaan (Nicolas Cage dan Erika Koike) telah mengambil minum menimuman keras terlalu banyak sehingga mabuk.

Erika kemudian mencadangkan mereka berkahwin dan Nicolas Cage dikatakan bertindak secara tak sedar dan tiada perasaan lalu bersetuju tanpa menyedari kesan terhadap tindakannya.

Pasangan berkenaan mula menjalin hubungan pada April lalu dan kalau dari rekod, ini merupakan perkahwinan keempat pelakon terbabit.

Sebelum ini, Nicolas Cage pernah berkahwin dengan pelakon Patricia Arquette, penyanyi Lisa Marie Presley dan pelayan restoran Alice Kim.

Nicolas Cage merupakan pelakon gred A di Hollywood dan pernah memenangi anugerah Academy atau Oscar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here