Netizen Dakwa Haneesya Hanee Tiru Status Terakhir Sulli Untuk Raih Simpati

Sebut sahaja nama Haneesya Hanee sudah pastinya ramai mengenali pelakon baru meninggkat naik ini.

Nama Haneesya Hane acap kali menjadi bualan para netizen sejak akhir-akhir ini disebabkan dengan pelbagai kontroversi yang melanda dirinya.

Terkini, apabila pelakon berkulit hitam manis ini sekali lagi menjadi tumpuan warga net apabila dia bertindak untuk mengumumkan mahu mengundur diri dari laman sosial Twitter pada Isnin, semalam.

Atas tindakan tersebut, rata-rata warga Twitter telah mengecam tindakannya itu dan berpendapat bahawa pelakon dan model ini sebenarnya ingin meraih simpati dan perhatian orang ramai.

Ini adalah status yang dimuat naik oleh Haneesya Hanee di Twitter miliknya:

“Saya mohon maaf sebab saya bukan orang yang baik. Sebenarnya saya tidak tahu apa yang saya lakukan kepada anda sehingga anda bercakap buruk tentang saya”.

“Saya minta maaf kerana saya tidak sempurna. Saya tidak boleh buat macam ini lagi. Padam Twitter sekarang. Terima kasih untuk segalanya,”

Status tersebut telah mengundang kemarahan serta kecamna para netizen yang mendakwa bahawa pelakon ini telah menggunakan ayat yang sama dengan selebriti K-Pop, Sulli yang telah baru sahaja meninggal dunia.

Komen yang diberikan oleh warga Twitter untuk Haneesya :

“Gunakan seseorang punya kesakitan orang lain dan kata terakhir untuk dijadikan tentang awak? Adakah anda sedar perkara ini sangat sensitif? Benda ini akan menyakitkan peminat Sulli. Keluar dari media sosial dan jangan pernah kembali, meluat dah!”

“Awak sebenarnya menggunakan kata-kata terakhir Sulli, adakah awak mahu perhatian sis? Kalau nak juga cuba buat benda baik orang akan nampak tapi bukan dengan cara ini”.

“Ini Sulli punya kata-kata terakhir kan? Tak baiknya ambil ayat orang,”

Diharap pihak Haneesya Hanee turut memberi respon tentang hal ini kerana sudah pasti ia akan mengundang lebih banyak komen negatif terhadap dirinya kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here