Nelydia Senrose langkah bendul, ini respon balas Uqasha

Uqasha Senrose menyatakan dirinya tak rasa tertekan apabila ada yang mula bertanya bila pula gilirannya akan menamatkan zaman bujang selepas adiknya, Nelydia Senrose akan berkahwin tak lama lagi.

Berumur 26 tahun, Uqasha Senrose telah memberi komen dan respon apabial ditanya tentang Nelydia Senrose yang melangkah bendul berkahwin terlebih dahulu.

Uqasha berkata, sudah tertulis takdir bahawa adiknya itu bertemu jodoh lebih awal dari dirinya.

Ini respon Uqasha Senrose:

“Saya tidak tertekan apabila ada yang bertanya. Selepas majlis ‘bridal shower’ adik semalam, ramai bertanya bila pula giliran saya.

“Apatah lagi pada sesi Nelydia baling bunga saya yang dapat. Kebetulan semua yang berada di situ sudah berpunya kecuali saya.

“Justeru, mereka beri ruang kepada saya untuk pastikan dapat bunga itu,”

Pelakon jelita ini turut menambah dirinya tidak mahu terburu-buru mencari pasangan hidup. Uqasha juga akui kisah soal status atau pangkat, dia sering mengharapkan agar lelaki yang bakal menjadi suaminya kelak seorang yang memahami dan boleh menerima dirinya seadanya.

Ini penjelasan dari Uqasha Senrose:

“Saya tidak mahu tersalah pilih disebabkan hendak cepat kahwin. Apa yang pernah berlaku kepada diri saya dulu, saya tidak mahu ada yang menghukum.

“Saya berharap pengalaman itu beri peluang kepada saya bertemu lelaki yang boleh menerima dan membimbing diri ini ke jalan lebih baik.

“Saya tidak letak sebarang ciri-ciri idaman, cukup jika dia terima diri ini,”

Semoga Uqasha Senrose cepat bertemu jodoh selepas ini.

Untuk pengetahuan, Nelydia Senrose bakal menamatkan zaman bujangnya tak laman lagi dengan jejaka bernama Hafez yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Satu majlis bridal shower telah dibuat baru-baru ini untuk Nelydia Senrose.

Sumber: HMetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here