Natasha Hudson Bercerai Buat Kali Ke Empat ?

Pelbagai spekulasi serta teki teki dengan keadaan rumah tangga pelakon cantik Natasha Hudson selepas dia memuat naik satu kapsyen seolah-olah perkahwinan yang ke empatnya itu ada masalah .

Khabar angina itu juga didakwa kukuh apabila Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson yang berusia 37 tahun telah memadam semua gambar suaminya iaitu usahawan dari Kelantan yang bernama Noor Nashriq Sekarnor di laman Instagramnya.

Antara komen Natasha yang menguatkan lagi khabar angin tersebut:-

“Jangan buang masa dan tenaga anda untuk kekal dalam sesuatu (hubungan) yang tidak berbaloi”.

“Ianya mudah. Teruskan hidup dan jangan hidup bergantung dengan apa yang orang akan katakan, kerana mereka tidak tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Ia kehidupan anda, dan bukan kehidupan mereka”.

“Lari, dan keluar daripada situasi itu dan tinggalkan (Sebab saya pun sudah melakukannya) Dan kini, saya sangat gembira,”

Menurut Natasha lagi ia merupakan luahan sebagai jawapan soalan kepada kawan perempuan yang ramai bertanyakan apa yang sepatutnya dilakukan jika mempunyai masalah suami curang.

Sebagai rekod, Natasha Hudson telah bernikah dengan seorang usahawan dari Kelantan iaitu Noor Nashriq, pada bulan Disember tahun lalu dan merupakan peknikahan kali ke empat.

Pada bulan Oktober tahun lalu, pelakon cantik ini juga telah mengejutkan para netizen apabila dia sendiri mengakui sudah bercerai dengan Carleed Khaza. Mereka telah berkahwin pada tahun 2012.

Perkahwinan dia dan Carleed Khaza telah dikurnikan dua orang anak perempuan yang diberi nama Kalila dan Faatimah.

Perkahwinan pertama Natasha ada dengan lelaki yang bernama Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 dan bercerai selepas setahun kemudian. Natasha berkahwin pula dengan Datuk Shahrin Zahari pada tahun 2007.

Semoga kehidupan Natasha akan lebih bahagia siapalah kita sebagai manusia untuk menghakimi hidup orang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here