Nah ini pula komen Michael Ang setelah Emma Maembong buka tudung.. Ramai tak setuju!!

Minggu ini makin panas nama pelakon Emma Maembong. Kini memang dah sah pelakon ini telah kembali seperti dulu, iaitu tak lagi bertudung.

Apabila Emma Maembong tak lagi bertudung, antara kenalan rapatnya yang menjadi rumpuan ramai ialah Michael Ang.

Penerbit dan pengarah ini akhirnya telah memberi komennya tentang isu yang sedang melanda Emma Maembong.

Menurut Michael Ang, yang penting Emma memberitahu kepada orang ramai bahawa dia tidak mahu bertudung kerana tak bersedia.

“Ramai orang suruh aku komen pasal isu Emma buka tudung”

“Sebenarnya kalau sesetengah orang tu tak bersedia untuk tak bertudung, biarlah dia tak bertudung!”

“Sekurang-kurangnya dia (Emma) memaklumkan kepada semua orang, daripada sesetengah wanita yang dah lama pakai tudung tapi sebenarnya tak nak bertudung. Itu Munafik namanya. Yang penting hati kena bersih”

Melihat komen dari Michael Ang itu, ramai yang meluahkan rasa tak puas hati.

Kebanyakkannya dilihat agak tak bersetuju dengan komen Michael Ang kali ini.

Ini pula respon balas netizen:

@Sharifah_Jufri: “Hai michaelang bertudung tuntutan agama dah pakai kena tetapkan iman teruskan jangan persendakan islam bila orang yang buka islam lihat oh pakai tudung itu boleh buka pakai sedangkan tu disuruh oleh Allah jika dia dah pakai cantik manis tp buka sebb kerana seseorang bukan kerana Allah pakai sbb kerana orang buka pun kerena orang…doa sy buat adik ku dan mungkin bakal menjadi sebahagian keluarga kak nt semoga akan diberikan hidayah dn akan bertudung semula

@humairahchomellz: “mike, g blaja erti munafik tu, jgn men langgor jerr.. #rilekbossku

@aniq_iskandar: “I rasa better u diam @michaelang38 pasal isu bertudung ni. Ure non-muslim u know nothing about islam. Memang btudung terletak pada hak individu base on human right but in islamic right, btudung itu tetap wajib, dosa tetap dosa. Jangan disangkal hukum ini. Kita cuma mampu doakan kebaikan buat emma je. But, just because she ur bff doesnt mean u boleh suka2 je pilih bulu. Suka2 je misinteprate hukum agama. Simple, kalau dah salah tetap salah. Period..

@haslen84: “Pakai tudung tu mmg wajib…tapi dalam islam…tak baik hina orang…kita ni menasihat jangan sampai menghina…seolah2 kita tak pernah buat silap langsung…istiqomah diri byk2…kita semua sama disisiNya…

@lea.umar: “HAHA Takde kerja ke yang p tanya pendapat nonmuslim kahkahhh

Sumber: IG Michael Ang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here